Sagu Gumpal

Salam untuk semua.
Hari nie kita masak dessert atau pencuci mulut. benda yang senang dan sekejap je.
Apa lagi jom kita sekodeng bahan dia


Bahan- bahannya



Sagu merah dan Sagu putih
500gram santan
1 helai daun pandan
2 inci halia diracik
5 biji halba
air panas
gula secukup rasa
sedikit garam tujuan kasi ada rasa lemak sedikit

Cara membuatnya 


Ambil air panas masuk kedalam sagu. sukatannya biar sagu tu hampir tenggelamsagu
kemudian gaul sebati
Sagu di bentuk ikut selera anda




Dalam periuk lain didihkan air.
Apabila air mendidih masukkan sagu yang di bentuk sehingga sagu itu timbul.




 sagu yang masak di angkat dan di masukkan kedalam bekas yang berisi air suhu biasa



 Dalam periuk lain masukkan santan, gula,halia, garam. halba dan daun pandan
Biar ianya mendidih. kemudian ambil isi sagu yang siap di masak.
kacau sehingga masak dan secukup rasa.




sagu yang siap untuk di makan



Tips: untuk mendapat sagu berlain warna ambil pewarna dan gaul bersama air panas pada sagu putih.

Nasi Ayam

Salam semua.....Selamat bercuti semua. kalau musim cuti macam nie kat rumah mesti ramai orangkan. Lagi-lagi dengan cuaca yang tak menentu ni menyebabkan kita cepat lapar. Yelah hari hujan cepat je lapar. Kadang-kadang tak tau nak makan apa. So hari saya nak syer satu resepi yang baru je saya siap masak tadi.

Jom kita pakat ramai-ramai cuba resepi nie

Butter Prawn

salam semua. tengah buat apa? tak tau nak masak apa hari nie. Cuba buka peti tengok ada udang tak. kalau ada apa lagi jom cuba try masak udang stail yang saya masak nie.

Apa tunggu lagi jom kita masuk dapur.

Nasi Tomato

Assalamulaikum.....hai semua rasanya dah lama tak buka laman blog ni. Kesuntukkan masa menyebabkan blog ni bersarang. Insya allah jika ada masa ianya akan sentiasa dikemas kini. Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi yang menyelerakan dan ianya amat mudah untuk disediakan.

Apalagi jom kita lihat bahan-bahan untuk menyiapkan nasi tomato.

Daging singgan.

Hari nie saya nak masak daging. Sebab hanya ada daging je dalam Peti ais. kalau nak masak sup kena ada tulang baru best. so tiba- tiba teringat nak buat singgan. Dah lama sebenarnya tak masak daging macam nie. ok kita tak yah melaluk banyak-banyak. Jom kita tengok resepi. Ianya boleh Dimakan seramai 6 orang  je........

Telur gulung

Tak tau nak masak apa hari nie. Buka youtube ada resepi dengan telur bahannya pun mudah.
So, cubalah try buat. Resepi asal dari Eugeniekitchen.com
Resepi nie saya dah ubahsuai sedikit mengikut keperluan keluarga. kalau banyak nanti membazir pulakkan....

Cara memasang lagu pada blog


  1. Taip www.fullmusik.net
  2. Pilih lagu yang dikehendaki. kalau mahu pilih lagi pergi dekat ikon yang bertulis sebelah kanan link link lagu. klik pada lagu yang dikehendaki
  3. Klik pada lagu yang di pilih.  contoh lagu oki setiana-wanita syurga bidadari dunia
  4. itPress ctrl + C to Copy html embedded music code and ctrl + V to put on your Blog or Website
  5. Copy tulisan di bawah lagu yang kotak berwana putih.
  6. Buka blog klik dekat reka tempat pilih nak letak lagu dekat mana yang anda suka.
  7. Klik ikon ini

HTML/JavaScriptHTML/JavaScriptTambah
Menambah fungsi pihak ketiga atau kod lain ke blog anda.
Mengikut Blogger 

Paste dan tekan ctrl dan v  klik simpan
Previewkan lagu tersebut untuk memastikan lagu yang anda ingin berada didalam blog

Selamat memcuba


kek kurma mudah

Salam sayang untuk semua. Sape yang gemar makan kek tetapi mengejar masa.....
Hari saya nak share satu resepi kek untuk mereka nak cepat.
Kek ini, sangat mudah untuk dibuat dan amat sedap untuk dimakan. Masa untuk membuat kek ini juga tidak lama. Oleh itu ianya amat sesuai untuk mereka yang kejar masa.




Kek Kurma Moist


Pokok Maman

Salam untuk semua. Hari saya nak perkenal satu ulam jeruk. Anda semua penah dengar tak pokok maman. Kalau tempat lain saya tak pasti pokok ini dipanggil nama apa. Tempat saya ia memang terkenal dengan jeruk maman. So, kepada sesiapa yang tak pernah tengok pokok dia nie saya nak perkenal dan cara nak buat jeruk.






Inilah pokok Maman



Yang nie saya zoomkan Daunnya pulak

Kuih Lepat Ubi Kayu

Assalamualaikum semua....
Nak tanya pernah lihat atau makan kuih ni tak?
Nie kuih tradisional  dah ramai orang tak buat kut. Saya agak-agak je. hehe....Saya pun baru hari nie belajar buat. Not bad...ler
First time buat, nanti boleh improve lagi .
Kuih ni berasaskan ubi kayu.Manakala cara memasak melalui keadah mengukus




Hikmah Yang Tersembunyi Ketika Sujud…

Hikmah Yang Tersembunyi Ketika Sujud…

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with Lyrics

Papinka - Dimana Hatimu (Lirik).mp4

Jangan Menangis Untukku-Luvia(lirik)

Kerana Hati Yang Kau Lukai

Pang!!!..... satu tamparan hingga di mukanya. "Suriayana binti Ismail, aku ceraikan kau dengan talak satu". Kau boleh berambus dari rumah ini sekarang jugak!!. Rumah ini tidak perlukan perempuan seperti kamu. Abang!!!... apa salah sue.... tolong jangan buat sue macam nie. Tolong dengar penjelasan sue bang....Sue difitnah bang!! kataku sambil menahan tangisan. Ahhh.... sudah!! perempuan seperti kau hanya pandai berpura-pura. Tubuh kerdilnya jatuh bila ditolak oleh tangan kasar suaminya.

"Abang tolong... jangan halau sue..."  Sue tak ada sapa lagi dalam dunia nie hanya pada abang sue bergantung harap selama nie. Lagipun sekarang nie dah lewat malam, kat luar sana tu hujan sangat lebat, sue tak ada tempat untuk dituju. Kasihan nie sue bang, mana nak sue pergi malam-malam begini tangisan ku mula berlagu.


Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 6

Sepulangnya dari berjumpa Hakim, aku terus mengadu pasal lamaran itu pada Damia. Mia macam ner ni, aku tak tau nak buat keputusan. "Aku nak tanya pendapat kau tentang hal nie". Hati kau macama ner lak tanya Mia. "Aku...aku tak tau nak cakap, nak dengan tak nak sama banyak je". Macam nie lah Dian, aku pun tak tau nak tolong kau macam ner, cakap pun salah tak cakap pun salah. Apa kata kau buat solat istiqarah selama seminggu mana tau Allah nak bagi kau petunjuk. Aku rasa itulah jalan yang paling terbaik yang boleh bantu kau.


Ayam Berempah

Assalamualaikum semua......
 Sape suka makan ayam boleh join masak menu nie

Nak dijadikan cerita hari tu ada pergi satu pasar raya nie. Saya pergi kat satu bahagian iaitu dekat barangan basah dan tempat jual sayur-sayuran.  Ada tau tak?.....

Pesanan kalau tak tau boleh pergi pasar raya boleh tanya pak guard bahagian barangan basah. sure.... Pak guard tunjuk he...he...

Asyik dok tengok sayur, ada seorang mak cik yang kerja kat situ tegur. Sembang kejap. Dia tunjuk kat saya Daun parsley katanya buat ayam berempah sedap. Saya pun tanyalah resepi nak buat. So mak cik tu pun bagi lah lebih kurang cara nak buat. Lain-lain saya ejust sendiri ler bahan. Cuma bahan yang wajib ada Daun ni dengan daun Ketumbar memang wangi dan sedap.




Gambar yang dah siap digoreng je snap yang lain lupa.

Kerabu Mangga

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua....

Sape suka makan kerabu angkat tangan....
buat-buat macam cikgu kat sekolah pulak he...he...

Cerita yang sebenar disebalik yang benar belaka....Kerabu nie dah lama buat. Tapi hari nie je sempat nak post. Bahan-bahan simple-simple pun sebab kejap je dah siap boleh makan. Saya nie bab kerabu suka sangat salah satu sebab saya nie memang suka merantah kerabu. Sebabnya ada rasa yang cukup. bahan-bahan pun tak susah

Bahan-bahan wajib ada :



1 biji mangga (diparut)
1 ulas bawang Bombay (potong nipis)
2 biji cili padi (potong kecil-kecil)
3 Biji asam Limau
3 s/b Kacang tanah goreng ( tumbuk kasar)
3 s/b ikan bilis di goreng
1 biji Tomato (potong dadu)
garam
gula

cara-caranya

Satukan semua diatas didalam bekas. Masukkan gula,garam dan air perahan limau nipis secukup rasa.
Last sekali masuk ikan bilis dan kacang.
Gaul sehingga sebati.




Kerabu yang dah siap boleh makan

Daging Masak Sup

Assalamualaikum semua dan salam ceria....

Menu hari nie adalah daging lembu. Sebabnya semalam pergi pasar nampak orang jual daging lembu. Rasa teringin nak makan sup daging pulak. Saya apa lagi beli terus ler. Kat rumah tak ramai orang beli sikit dah. Saya beli tulang dan daging masak sekali memang meletuplah sedap. Ini nak letak resepi buat panduan. Ini buat semalam tapi hari nie sempat post.

Nie dia sup yang dah siap untuk dimakan


Puding Karemal Coklat Versi Kukus

Assalamualaikum semua.....

Nak cite hari nie tiba-tiba rasa rajin nak buat kek. Asyik dok pikir kek apa yang cepat dan senang nak buat. Terlintas di hati nak cuba try buat kek puding Karemal versi coklat sebab ada seorang akak cakap kek ni sedap. So apa lagi nak tunggu saya terus godek internet cari resepi. Dalam banyak-banyak resepi yang menarik hati, saya tertarik satu resepi nie. Tuan punya resepi asalnya dari izahdaut.blogspot.com
Kak izah mohon copy ye.

Apalagi saya tengah bersemangat nak buat. Pagi-pagi nak buat kek tapi masa tak banyak. Nasi belum masak lagi hehe.... Penangan kek punya pasal ler saya abaikan dulu masak nasi. Bukan apa budak-budak balik sekolah lewat so masak nasi lewat sikit pun tak pe............Sape-sape nak resepi boleh ambik tapi saya ejust sedikit ikut selera sendiri.




Seandainya kau mengerti Hati Ini Bab 5


Okey nanti abang bagi tau tapi kita kena cari tempat makan dulu, perut abang dah lapar. Sambil makan kita boleh cerita. "Betul ke Wina nak tahu nape abang tukar panggilan nie?" Eish... buat-buat tanya lak detik hati Dian.

Encik abang sayang.... tadikan Wina dah naye, nape masih nak naye lagi soalan yang sama kata Dian dengan sedikit geram. Hakim ketawa besar bila mendengar kata-kata yang di sebut oleh Dian. " Oh sweetnya Wina panggil abang dengan gelaran abang sayang. Nie yang bertambah abang suka dan sayang dekat Wina. Kita tanya betul-betullah yang awak main-main nie kenapa Hakim?

Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 4

Wina.....Wina... tunggu jap panggil Hakim. Awak nak ape Hakim? Saya nak bagitau esok, dalam pukul 9 pagi saya jemput awak kat depan hostel awak. Ingat tau awak jangan pulak nak mengelak, okey tu je saya nak bagitau. bye Wina. Hakim terus berlalu tanpa sempat Dian berkata-kata. "Eish...menyusahkan betullah mamat nie, kan aku dah cakap aku ada hal." Apa aku nak buat nie? Tak pelah aku try ajak Damia sekali keluar jadi peneman lagipun dia tak cakap aku tak boleh bawa teman. Itu je alasan yang paling baik dari aku keluar berdua dengan dia fikir Dian.

Ikan Talapia Masak Stim

Assalamualaikum semua.....

Hari nie menu kita simple dan mudah serta cepat dimasak. He..he... ada ke resepi macam tu. Ada kot....
Bagi saya masak secara stim paling mudah dan cepat dan berkhasiat.
So sape-sape nak diet boleh masak cara ini lah....

Hai tiba-tiba cite pasal masak stim teringatlah ada seekor ikan Talapia merah yang saya beli kat pasar belum di masak lagi. Apa kata kita buka panggung kat dapur. Cakap pasal panggung nie bukan sebarang panggung sebab kita buka kat dapur. 

Yang nie boleh buat hati senang perut kenyang masalah hilang ye ke edak. He...he..

Teringat pulak time-time nak buka puasa menu nielah yang jadi kegemaran kami sekeluarga. Maklumlah kat rumah tu tak ramai orang just 4 orangje. Lainlah kalau dekat nak raya memang penuh satu rumah tu siap kena buat dua hidangan. Kat meja memang tak boleh nak makan dah sebab tak muat. So, kita orang kenalah makan bersila ramai ramailah memang happening sungguh lah time tu. 






Nie gambar yang saya snap masa masih panas-panas lagi.


Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 3

"Ya Allah indah sungguhnya ciptaan Mu ini" detik hati Hakim bila memandang wajah Dian. Terasa jantungnya tidak berada dalam keadaan tempo yang normal, berdebar amat sangat. Tidak pernah dia merasa seperti ini. Lidahnya, terus menjadi kelu. "kenapa jadi macam ni ek..Hakim menyoal dirinya". bukannya aku tak pernah pun berkomunikasi dengan perempuan tapi hari ini kenapa lidah ku menjadi kelu detik Hakim "emm....saudara, saudara okey ke tak ni? kedengaran suara gemersik halus bertanya keadaan ku".


Seandainya Kau mengerti Hati Ini Bab 2

Fuhh!! lega dapat tau Lia ada bersama dengan kau. "Takut juga aku bila tengok Lia tiba-tiba tak de kat situ". Dian kau okey ke tak ni, aku cakap kau buat tak endah je! Eh...jap nape muka kau nampak pucat je!macam baru lepas terserempak dengan hantu. ke..kau sakit? "kalau kau sakit, jom aku pi hantar kau ke klinik!! Mia....seru Dian, aku jumpa dia tadi.'Kau jumpa sape? sebelum terlintas satu nama difikirannya. Maksud Kau Ikmal? soal Mia. Ye..sape lagi yang boleh buat dunia aku tunggang terbalik keluh Dian. "Jadi apa dia cakap bila jumpa kau? "entahlah Mia dia macam tak kenal aku langsung. Macam kami tak pernah bersama.


Resepi Ayam Percik Versi Kelantan

Assalamualaikum semua......
Pernah tak anda semua menghadapi masalah menu untuk memasak seperti saya. kadang-kadang bila nak memasak kena berfikir kan?

Macam hari ni lama dok pikir nak masak apa. Ayam ada tapi tak tau nak masak apa. Pikir punya pikir rasa nak buat ayam perciklah pulak.tapi aku nie bukan terror pun bab masak.

Tapi boleh lah sikit-sikit sebab minat nak mencuba. so tanyalah mak nak buat macam mana sebab tak pernah try buat. Mak pun bagilah tau sikit-sikit so pandai pandailah agak-agak bahan yang nak digunakan. Hasil percubaan yang pertama pun terjadilah memang best sangat.



Siap dibakar tapi tak pandai nak menghias pun. Snap dengan fon terus bila siap bakar.
dah jadikan bukti air tangan saya he...he....


Seandainya Kau Mengerti Hati Ini bab 1

Pengumuman pendaratan di bumi Malaysia dengan selamatnya membuat perasaan aku bercampur baur antara teruja dan takut bercampur aduk ketika ini. Dian kau harus kuat, lupakan kisah lalu. Mungkin juga si dia dah melupai kewujudan mu di bumi ini. Ya... aku harus kuat, tekadku pada diri sendiri untuk memulakan hidup baru di bumi Malaysia.

Ku kalih disebelahku... kelihatan puteriku terpingga-pingga melihat keadaan disekelilingnya. Mama... kita dah sampai Malaysia ke? pertanyanya ku jawab dengan sedikit anggupan. Ye sayang sekejap lagi kita jumpa auntie Mia. Sayang ingat lagikan kawan mama yang selalu Fb dengan mama tu? ku aju pertanyaan padanya. Kelihatan dia seperti memikir sesuatu agak lama juga baru dia mengiakan pertanyaan ku.


Novel Seandainya Kau Mengerti Hati Ini

Prolog


Suasana yang sunyi dimalam hari membuat jiwaku resah. Seandainya bisa aku memutarkan masa yang lalu aku tidak mahu ianya berlaku dalam diari kehidupanku. Kerana cinta aku tercampak jauh dari bumi malaysia jauh dari keluarga yang aku sayangi. Sudah hampir 5 tahun aku tidak menjejak kaki ketanah airku. oh...alangkah indahnya jika aku tidak terjebak dalam sendiwara cinta ini. Dian Darwina bt Mohd kamil kenapa kau terlalu alpa pada kasih seorang lelaki yang bernama Tengku Syed Ikmal Hakim bin Tengku Muzzafar

nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com