Kerana Hati Yang Kau Lukai

Pang!!!..... satu tamparan hingga di mukanya. "Suriayana binti Ismail, aku ceraikan kau dengan talak satu". Kau boleh berambus dari rumah ini sekarang jugak!!. Rumah ini tidak perlukan perempuan seperti kamu. Abang!!!... apa salah sue.... tolong jangan buat sue macam nie. Tolong dengar penjelasan sue bang....Sue difitnah bang!! kataku sambil menahan tangisan. Ahhh.... sudah!! perempuan seperti kau hanya pandai berpura-pura. Tubuh kerdilnya jatuh bila ditolak oleh tangan kasar suaminya.

"Abang tolong... jangan halau sue..."  Sue tak ada sapa lagi dalam dunia nie hanya pada abang sue bergantung harap selama nie. Lagipun sekarang nie dah lewat malam, kat luar sana tu hujan sangat lebat, sue tak ada tempat untuk dituju. Kasihan nie sue bang, mana nak sue pergi malam-malam begini tangisan ku mula berlagu.




"Kau tak payah nak berlakon untuk minta belas simpati dari aku". Dulu ya!! memang aku percaya dengan perwatakan lemah lembut kau, sekarang aku dah sedar yang selama ini kau memang manusia yang suka berpura-pura. Kau hanyalah manusia bertopengkan syaitan. Kau tak layak mendapat kasih sayang aku!!! dengan wajah merah padam Am menahan marah. Kau juga perempuan yang paling jijik dan hina di mata aku sekarang nie.

Abang!!!! sampai hati cakap macam tu pada sue, tak kan sikit pun tiada kepercayaan abang pada sue. Tiadakah kasih sayang yang tinggal untuk sue hingga sanggup abang buat sue macam nie tanya ku hiba. Nah!! ambik beg kau nie dan keluar dari sini sekarang jugak. Beg pakaianku dilempar ke keluar rumah. "Aku dah jijik tengok muka kau seperti aku dah jijik dengan kelakuan kau faham marah suamiku". Tangisan ku semakin kuat. Terasa amat pedih, ngilu apabila orang yang kita sayangi sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu. Tak adakah sedikit kasihnya padaku ini jerit batinku.

Ku lihat senyuman sinis berserta cebikkan dari dua orang perempuan yang berada di samping suamiku. "Am memang patut perempuan nie kena ajar kata satu suara". Nasib baik penampar je, kalau mummy dah lama muka dia mummy gayang sampai mampus luah ibu mertuaku. "Jangan lagi Am beri muka pada dia". Dia memang tidak layak mendapat layan baik dari Am. "Itulah.... dari dulu lagi mummy dah larang tapi Am degil tak dengar cakap mummy, nak jugak kahwin dengan budak sial nie".

Sekarang syukurlah, Am dah sedar yang dia sememangnya tak layak jadi isteri Am. Tempatnya itu sepatutnya Reena yang dapat. Am lupakan dia, bina hidup baru dengan Reena. Reena mampu menjadi seorang isteri yang baik bukan seperti dia. Memang dasar tak kenang budi!!! Am kutip dia, bagi kemewahan tapi ini balasan yang dia beri pada Am. Dasar perempuan curang!! kata Datin Faridah kepadaku. Am sabar yer nak, Datin Faridah terus mandapatkan Am sambil mengosok bahu untuk menyejuk hati panas anaknya. Kelihatan senyum sumbing diwajah Reena meraikan kemenangannya dan kekalahan padaku.

Aku memandang wajah suamiku untuk kali terakhir biarpun lelaki itu tidak sudi memandangku. Sayu hatiku diperlakukan begitu, kasih dan cintaku padanya masih kuat. Namun kata-katanya menghiris perasaanku. Dengan rasa sedikit hormat aku memohon keampunan. Abang, sue minta ampun dan maaf selama menjadi isteri abang nie. Halalkan makan minum sue, sepanjang menjadi isteri abang dengan nada sebak yang kutahan. Suamiku masih kaku dan membisu tanpa sebarang kata. Aku tahu tempatku bukan lagi berada di sisi dan dihatinya. Perasaannya sudah menjadi beku dan tertutup rapat. Begitu hatinya seperti batu, aku tidak mampu memecahnya walaupun dengan pemukul.

Dengan lafaz bismillah aku melangkah keluar dari rumah itu. Hanya padamu Ya Allah aku berserah bisik hati kecilku. Dengan sisa-sisa semangat yang ada, aku menerus melangkah keluar dari rumah yang banyak meninggalkan memori indah. Kemanakah harus aku tuju dalam keadaan hujan yang lebat ini detik hatiku. Tempat manakah yang wajar aku tuju. Aku bimbang keselamatan diri dikala ini tapi apa daya yang aku ada sekarang. Jika teman ku ada disini sekarang, tak ada runsing sangat boleh minta bantuan darinya, tapi dia outstation.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu bukakan pintu hatiku untuk mencari jawapan yang terbaik kepada hambaMu yang hina bisik hati kecilku. Dalam keadaan hujan yang lebat aku teruskan jua langkahku. Sesekali aku menoleh kebelakang dengan harapan ada insan yag sudi membantuku. Bunyi serekan brek yang kuat berserta silauan cahaya mengejutkanku. Beg yang dipegang terus jatuh dikaki, terhempas. Nafas ku terus terhenti, tubuhku berdiri kaku mengeletar akibat terkejut. Kelihatan sebuah kereta dihadapan yang hanya tinggal beberapa inci lagi dari melanggar tubuhku.

Pintu kereta dibuka, kelihatan wajah cemas seseorang. Cik...cik tak apa-apa?. Maaf saya tak sengaja tadi, hujan lebat sangat nie. "Jika cik alami sebarang kecederaan, jom saya bawa ke klinik ajak suara garau itu lagi'. Cik....cik .... panggil suara itu dengan cemas bila aku terus membisu. Hatiku bertambah sedih mendengar keprihatinannya. Tangisanku mula kedengaran. Menangis bukan kerana sakit tapi kerana tidak menyangka ada lagi insan yang sudi mengambil berat padaku. Wajah lelaki itu kaget bila melihat aku menangis. Cik saya minta maaf sekali lagi...saya betul-betul tak sengaja katanya dengan mengelabah. Riak wajah yang kerisauan itu terserlah. Kenapa cik menangis, ada luka kat mana-mana yang saya tak nampak ke tanya dia lagi. Melihat keadaan ku masih elok seperti tidak mengalami  sebarang kecederaan merisau hatinya.

Ya memang hatiku yang terluka bisik hatiku, tapi luka ini memang tak siapa yang nampak hanya aku yang merasa. Aku terus menangis hiba. Wajahnya masih cemas. Kalau macam tu, marilah saya hantar cik ke klinik kita chek up dulu. Mana tau ada luka yang saya tak nampak pada mata kasar. Lagi pun tak elok kita berdiri dalam hujan dan bergelap nie nanti timbul masalah lain pulak. Mari jemput masuk ke kereta saya, ajak lelaki itu lagi.

Beg pakaianku diangkut bersama ke keretanya. Oh ya... nama saya Kamil, lelaki itu memperkenalkan diri. Nama cik? Panggil saya Yana kataku. Kita ke klinik ye, sekali lagi dia menawarkan diri. Tak payah saya okey, awak drop saya kat mana-mana tempat yang selamat untuk saya berteduh putusku. Suasana kembali sunyi sepi menyelubungi kami. Sesekali lelaki itu kelihatan memandangku sambil memandu. Ku lihat ia seperti ingin menyatakan sesuatu. Errr... betul ke awak dah okey Yana? soalnya kembali" Saya okey, tak payah ke klinik". Seperti yang saya katakan tadi, awak drop kat mana-mana tempat untuk saya berteduh dari hujan malam nie kataku. "Errr...tapi kenapa!!! awak tak nak pulang ke rumah ke?". Ehh.....tak elok perempuan seperti awak berjalan malam-malam begini bahaya nasihatnya. Hmm...maaf kalau saya bertanya, awak nie dari mana sebenarnya. Ialah malam-malam begini dengan bawa beg dalam keadaan hujan. Awak dari kampung ke.

Aku berdiam diri. Perlukan aku menceritakan kepadanya apa yang berlaku pada diriku. Aku sekarang nie baru saja bertukar status dan dihalau suami. Maaf kalau kata-kata saya nie tak beradap katanya lagi. Rasa bersalah pulak di hati aku, yelah orang dah sudi tolong tapi aku masih berlagak lagi. Emmm...bukan macam tu yang sebenarnya. Lalu aku menceritakan semula apa yang berlaku pada diriku tadi.

Aiseh... dalam dunia semakin canggih ada lagi mak mertua macam tu. Bukannya nak berdoa anaknya bahagia tapi dirobohkan pulak masjid yang dibina anaknya. Ingatkan dalam filem ibu mertuaku lakonan P Ramle je yang berlaku tapi realiti pun ada keluh Kamil kesal dengan apa yang berlaku.

Macam nie, apa kata saya hantar kerumah orang tua awak tawarnya lagi. Ahh...kenapalah awak baik sangat pada saya bisik hati kecilku. Mana mampu ku balas budi baiknya. Errr...saya...saya sebenarnya yatim piatu kataku teragak-agak. Ibu bapa saya dah lama meninggal". Saya pulak anak tunggal. Saudara mara saya jauh di kampung. Oh macam tu ke..Macam ner saya nak tolong awak. Tak kan saya nak tinggal awak seorang-seorang kat luar ni bahaya katanya sambil berfikir. Emmm...awak ada kawan kat sini yang boleh tumpangkan awak berteduh? tanya Kamil lagi. Sebenarnya saya ada seorang kawan, tapi sekarang nie dia tak de kat sini . Dia berada di Johor, kursus kat sana seminggu kataku.

Oh.. macam tu ke!! dia seperti memikir sesuatu. Macam nie lah, awak tumpang duduk kat rumah saya sampai kawan awak balik. Lepas kawan awak balik, saya hantar awak kerumahnya. Terima kasih...saya rasa tak perlu menyusahkan awak dengan masalah saya. Ini pun, saya dah menyusahkan awak, tak terbalas budi awak. Nanti apa pulak kata family awak bila ada perempuan ikut awak balik malam-malam macam nie. Saya segan ler....

'Yang tu, tak payah awak bimbang dan malu, kat rumah hanya ada mak saya seorang je". Adik-adik saya tinggal jauh, sekolah lagi. Kalau awak nak tau mak saya adalah insan yang paling sporting kat dunia. Pujian diberi kepada ibunya. Jelas kelihatan kebahagian diwajahnya. Tentu mak saya faham. Lagipun dia suka bila ada temankan dia kat rumah. Tak der lah dia rasa sunyi duduk kat rumah. Kelihatan senyum manis diterukir dibibirnya.

Kita dah sampai. Jemputlah masuk, rumah saya kecik je katanya merendah diri. Ehh... mana ada kecik okey jer saya tengok cantik rumah nie puji ku ikhlas. Itu semua hasil kerja tangan mak saya dalam bab menghias rumah. Katanya untuk mengisi masa lapang. Nak harapkan saya buat kerja menghias nie, memang tak menjadi ler. Rumah mesti kosong, saya nie sibuk sentiasa.

Assalamualaikum..... ibu...ohh.. ibu... Mil dah balik nie. Walaikumusalam.... kejap Mil, ibu kat atas nie. Mil mandi dululah nanti kejap lagi ibu turun panaskan lauk. Mil tentu tak makan lagikan. Emm... ya bu, tapi Mil ada benda mustahak nak bincang dengan Ibu nie. Boleh ibu turun kejap katanya lagi. Ya...ya...kejap lagi ibu turunlah. Aku dari tadi hanya menjadi pemerhati perbualan dua beranak itu. Awak!!... tunggu kejap ye, saya nak panggil ibu. Awak duduklah dulu katanya. Aku mengangguk.

Kamil terus melangkah meniti tangga ke tingkat atas. Aku di tinggalkan sendirian. Aku hanya sekadar memerhati sekitar ruang tamu rumahnya untuk menghilang rasa bosan Walaupun rumahnya tidak sebesar rumah yang pernah aku duduki tapi rumah ini memberi ketenangan pada diriku. Mungkin kerana penghuni rumah ini seorang yang baik hati detik hatiku. Aku jatuh suka pada rumah ini bisik hati kecilku sambil tersenyum. Dalam asyik mengelamun aku terdengar suara Kamil menegurku. Yana.. kenalkan ibu saya mak cik Salmah.

Ibu, kenalkan ini Yana yang Mil cerita tadi. Aku tersenyum dan tunduk hormat dengan menghulur salam. Apa khabar mak cik...tanya ku ramah. Salam ku tak di sambut. Aku kaget seketika. Tapi tangan ku ditarik dalam pelukkannya. Tak usah panggil mak cik, panggil Ibu cukuplah katanya sambil melepas pelukkan. Kamil tersenyum riang dengan penerimaan ibunya.

Yana tentu rasa penat nie. Apa kata Yana mandi dulu takut deman kena hujan, lepas tu baru kita berkenalan sambil makan malam. Mari... ibu tunjukkan bilik Yana. Hah!!...Mil apa yang tercegat lagi sergah ibu. Pergi ler mandi, dari tadi lagi hidung ibu dah bau busuk nie usik Ibunya. Hai...menghalau nampak ibu nie, dapat yang baru, Mil terus ibu lupakan sambil buat-buat merajuk dengan tersenyum simpul dibibirnya. Memang pun....dengan Mil buat apa Ibu nak pujuk. Tak macho ler anak ibu nie kalau ibu pujuk sambil tangannya mencubit manja pada lengan Kamil.

Aduh.... sakitlah bu, nape cubit Mil pulak. Ibu nie memang suka dera Mil lah rajuknya lagi. Dah...dah...tak payah nak tunjuk rajuk kamu tue. Kamu tue lelaki malulah sikit dengan tetamu jangan tunjuk manja sangat usik ibunya. Kamil tersengih. Alah.... ibukan tahu dengan sape lagi Mil nak bermanja kalau bukan dengan ibulah. Hah...itulah, ibu suruh kamu kahwin dari dulu lagi, tapi kamu banyak sangat alasan. Kalau tak, bolehlah kamu bermanja dengan isteri kamu. Ibu pun tak risau pasal kamu. Ibu nie.... kesitu pulak, Mil kan dah cakap sampai masa Mil kahwin. Ibu tak payah risau yer pujuk kamil.

Yelah...yelah...dah pergi mandi, ibu nak tunjuk bilik kat yana nie. Layan kamu sampai bila tak habis adu ibu. Kamil tersenyum. Nie yang Mil sayang sangat kat ibu sambil memeluk ibunya. Sudah-sudah lah kamil kesian kat yana tu dari tadi lagi berdiri tengok gelagat kamu. Aku hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Yelah... Kamil mengalah lalu melerai pelukkannya.

Yana tambahlah lagi nasi tue. Nape makan sikit je. Ke ibu masak tak sedap. "Errr...bukan macam tu". Ibu masak sedap sangat tapi dah lewat malam, yana memang  makan tak banyak sangat waktu gini. Aku memberi alasan. Masakan Ibu memang sedap detik hatiku tapi seleraku mati bila memikir masalah yang menimpa ini. Ye ke... tak pelah kata ibu. Yana!!! Errr...ke yana tak ader selera tanya kamil yang tadi sekadar mendiamkan diri dan hanya sekadar menjadi pemerhati perbualan ku bersama ibunya.

Aku mendiamkan diri tak tau nak bagi jawapan apa. Kata-katanya memang benar. Tak pelah kalau tak de selera Yana pergi masuk rehat, hari dah lewat malam kata ibu salmah seperti memahami gelodak perasaan ku ini. Terima kasih bu, yana masuk dulu ye. Aku tau, sikapku ini kurang beradap sikit bila meninggal meja makan tapi aku perlu sedikit ruang untuk menenangkan diri disaat ini.

Hampir seminggu aku menumpang dirumah ini. Mak cik salmah baik orangnya. Layanan yang di beri cukup istimewa membuat aku sedih nak meninggalkannya. Aku sedar, aku tak boleh lama menumpang dirumahnya tak manis di lihat orang kerana dia ada anak teruna. Bu, besok kawan Yana dah balik kataku memula kata. Emmm...Yana rasa, tiba masanya yana minta izin nak tinggal dengan kawan yana tu. Bukan yana tak sudi tinggal dengan ibu, tapi yana nak mulakan hidup baru. Yana nak cari kerja. "Yana!!... kalau sudi, ibu lagi suka yana berada dirumah nie". Yana ibu dah anggap macam anak ibu sendiri katanya dengan nada sedih. Yana taukan ibu tak ade anak perempuan. Bila yana datang sini, ibu gembira sangat.

Yana tau bu, tapi dah tiba masanya untuk yana berdikari. Yana tak akan lupa pada jasa ibu sekeluarga. Tanpa bantuan ibu sekeluarga yana tak tau apa yang akan jadi malam tu. Yana nak ucap ribuan terima kasin tak terbalas jasa ibu sekeluarga menumpangkan yana kataku dalam nada sebak. Kalau itu kata yana, ibu tak akan menghalang, pintu rumah nie sentiasa terbuka untuk menerima yana kembali. Terima kasih bu kataku lalu memeluk tubuhnya.

Yana... jangan lupa ibu disini. Bila ada masa selalulah melawat ibu ye pesan ibu Salmah. Baiklah bu, yana akan call dan datang melawat ibu bila ada kelapangan. Kami bersalaman dan berpelukkan seketika. Rasa berat hati untuk meninggal rumah ini. Walaupun hanya seminggu aku berada disini namun kasih sayang yang diberi oleh ibu salmah cukup bermakna buatku. Mil... hati-hati bawa kereta tue pesan ibu salmah. Baik bu, kami pergi dulu.

Mil...terima kasih banyak-banyak kerana membantu ucapku bila kereta sudah jauh meninggalkan kawasan perumahannya. Mmm...tue perkara kecik je. Besok jadi ke yana nak datang interview kerja kat syarikat Mil kerje tue, yana dah ready nak keje ke soalnya lagi. Mmm... yana dah sedia, lagi pun yana memang perlukan kerja dengan keadaan menganggur sekarang nie. Okeylah Mil harap yana berjaya dalam interview esok.

Terima kasih Mil ucapku bila tiba di kawasan perumahan kawan baik ku. Kelihatan Maria sudah sedia menanti kedatanganku kerumahnya. Yana!!! panggil kamil, besok saya datang jemput awak ye. Ehhh... tak payahlah awak susah-susah saya boleh minta tolong kawan saya hantar. Mmm...tak susah lagipun kita nak pergi tempat yang sama. Kalau macam tue terima kasih ye Mil ucap ku. Okey sama-sama. Selepas aku menyata persetujuan Kamil terus memandu keretanya  meninggal kawasan perumahan itu.

Aku akhirnya berjaya mendapat kerja sebagai kerani disitu. Walaupun jawatannya tidak setaraf dengan kelulusan yang mempunyai degree, aku tetap bersyukur. Bila aku mula masuk bekerja disitu baru kutahu rupa-rupanya Kamil berjawatan pengurus besar disyarikat itu. Alamanda Berjaya merupakan sebuah syarikat Hartanah yang terbesar di Malaysia.

Hampir tiga tahun aku berkerja disitu. Manakala hubungan ku dengan Kamil juga semakin erat. Staf-staf disudah sudah sedia maklum tentang hubungan baik aku dengan Kamil. Mereka tahu aku dan kamil memang berkawan rapat. Kadang-kadang ada juga kedengaran usikkan nakal tentang hubungan kami tetapi aku tidak mempedulikannya. Kamil juga selalu menjemput ku kerumahnya diwaktu hujung minggu. Aku sungguh gembira melalui saat ini. Kisah yang lalu aku tinggalkan dalam kenangan.

Yana!!! kau dengan Kamil ada apa-apa ke soal Maria. Kau nie nape tanya soalan macam tue soalku pula. Yelah... aku tengok kau dengannya makin rapat je, macam belangkas pulak kehulu kehilir berdua je. Nie satu lagi aku nak cakap, kau pantang je hujung minggu, kau dah ghaib. Aku teman serumah dengan kau pun jarang dapat jumpa dan berborak. "Ye ke... sorry lah Maria, aku ...aku sebenarnya segan nak menolak ajak Kamil". Kau taukan Kamil tue dah banyak membantu aku untuk bangkit semula selepas Am buat aku jatuh tersungkur.

Hahhh...bercakap pasal bekas suami kau aku dengar dia dah bercerai dengan si Reena gedik tue. Dia orang kahwin baru je, tak sampai empat bulan dah bercerai berai. Yang aku tau lagi si Reena tu dah jadi isteri Am tapi masih sempat main kayu tiga kat belakang Am. Sekarang nie, memang padan muka Si gedik tue, dah kena cerai kata Maria. Hisheh... tak baik kau cakap macam tue. Nie semua cerita mana kau dapat tahu soalku.

Alah kau taukan Amri, boyfriend aku, sepupunya si Dayang kerja kat syarikat Am. Dia yang tukang bawa cerita. Katanya kesian dekat Am, lepas berpisah dengan kau hidupnya tak bahagia macam kau bersama dia. Asyik bergaduh je kerje diorang. Si Reena dahlah sombong berlagak pula dengan staf kat situ. Ramai yang tak suka, lain benar dengan perangai kau. Entahlah Maria, akupun tak nak tau pasal dia lagi, aku hanya doakan dia bahagia dengan pilihan mummynya.

"Tapikan Yana, kalau Am nak rujuk balik dekat kau macam maner soal Maria". Entahlah Maria, aku dah tak ada perasaan dah padanya. Perasaan sayang tue terus hilang saat dia hina aku, aku nekad tak akan berpaling lagi. Kau tak rasa sayang lagi padanya tanya maria.


Yana!!... tadi Liana P.A bos call, dia suruh kau ke bilik bos. Kenapa Yatie soalku. Entah!! lupa pula aku nak tanya, mungkin kau dapat naik pangkat kot sebab tue bos cari kau usik yatie. Aisheh....ada ke situ pulak, tapi kalau masin mulut kau, aku belanja makan kat Secret Respice seminggu tau. Kau janji betul ke soal Yatie dengan muka tak percaya. Yap.. kalau betul-betul mulut kau masin kataku dengan ketawa. Yana!! kalau dapat kau kena tunai, aku tuntut tau usik Yatie sambil ketawa. Yelah, aku tunai itu pun kalau betul kalau tak nasi bungkus Warung Mak Leha tepi jalanlah jawapannya usik ku sambil terus berlalu ke bilik bos.

Aku mengetuk pintu bilik bos, kelihatan Kamil turut berada dibilik yang sama. Perasaanku mula rasa tidak enak. Adakah aku membuat kesalahan yang membabitkan Kamil fikirku. Hah...jemput duduk Yana, arah bosku sambil tersenyum. Aku merasa sedikit lega melihat senyuman itu. Mungkin aku salah sangka fikirku. Nah ambil surat nie dan baca arah bosku. aku mengerut kening seperti tidak memahami maksudnya. Yana!! bukalah surat tue tegur Kamil sambil tersenyum. Dengan lafaz bismillah aku terus membuka surat yang berada digengamanku. Alangkah terperanjat bila melihat tulisan besar itu yang menyata kenaikan pangkat ku sebagai pembantu pengurus projek.

Tahniah Yana!! ucap bos dan Kamil serentak bila melihat wajahku yang terperanjat. Tapi layakkah saya soalku ragu-ragu. Kami dah teliti dan nilai semua kriteria yang ada pada awak, pihak syarikat sudah sebulat suara bersetuju untuk melantik awak menggantikan tempat Puan Zuraidah. Awak tau kan Puan Zuraidah telah ditukar kecawangan kita di Johor. Dalam hal perlantikkan nie tidak timbul soal bias. Walaupun awak rapat dengan Kamil, pihak kami tidak mengambil kira semua itu. Apa yang penting penilaian prestasi  dan komitmen awak dalam melakukan kerja. Lagipun saya tahu awak mempunyai kelulusan dalam bidang ini.

Terima kasih Tuan.. kataku dengan teruja. Awak boleh keluar nanti Kamil bawa awak terus jumpa bahagian HR untuk mendapat surat perlantikkan. Kami keluar beriringan dari bilik bos. Tahniah yana ucap kamil sekali lagi. "Saya betul-betul tak sangka yang pihak syarikat lantik awak menjadi pembantu saya." Lepas nie, boleh saya pokaikan duit awak untuk belanja makan kat hotel mewah usik Kamil sambil tersengih. Tak jadi hal kalau dengan awak, nanti kita setkan tempat kita keluar ramai-ramai ajak ibu sama ya kataku padanya dengan tersenyum.

"Yana!! hari nie kita ada meeting dengan Syarikat Megah Holding pasal pembelian tanah dekat Ulu Yam". Jadi saya nak awak siapkan apa yang patut lebih awal sebab pukul 11:00 pagi kita dah kena ada kat sana arah Kamil. Aku tergaman mendengar nama syarikat yang di sebut oleh Kamil. Bukankah itu syarikat milik keluarga Am soalku sendiri. Apa yang patut aku buat. Fikiranku sedikit terganggu tapi aku tetap berusaha untuk menyiapkan dokumen tersebut.

Yana!! awak okey ke? saya tengok dari tadi, sampailah kita berada di sini awak senyap je. Muka awak pun nampak macam pucat sikit tegur Kamil. Ehh... Tak delah saya okey je kata ku dengan sedikit mengelabah. Kalau awak tak sihat, awak tak perlu attend meeting nie. Nanti saya cover semua kerja awak. Mmm... tak perlu Kamil, saya memang okey mungkin cuaca panas sikit tu yang nampak muka saya macam nie. Saya tak nak menyusahkan awak, lagipun nie kan dah memang kerja saya. Kalau saya tak sertai meeting ni macam ner saya nak cepat belajar. Awak taukan, nie meeting yang pertama saya sertai, sebab itu saya gugup sikit dalihku. Okey kalau macam tu, awak kuatkan semangat ya tak ada apa-apa yang nak awak risau ucap Kamil.

Asalamulaikum semua...Saya ingin memperkenalkan CEO syarikat Megah Holding iaitu Tuan Amran Shah Tuan Ismail. Beliau hadir dalam meeting kita sebagai tanda penghormatan kerjasama kita yang pertama ujur Malina setiausaha Megah Holding. Tuan, kami kenalkan ini wakil dari pihak Alamanda Berjaya, Encik Kamil dan pembantunya cik Suriayana. Kamil mengulur tangan untuk berjabat tangan dan memperkenalkan diri.

Saya Kamil, dan pembantu saya cik Suriayana datang sebagai wakil Syarikat. Kulihat wajah Am kelihatan terkejut bila memandang wajahku. Aku cuba berlagak selamba dengan tersenyum bila Kamil mempekenalkan diriku. Meeting bermula bila kamil membentang proposal syarikat. Aku tau Am tidak memberi tumpuan pada membentangkan itu kerana matanya asyik merenung wajahku.

Aku cukup gelisah dengan suasana begitu. Hampir satu jam barulah Kamil menamatkan pembentangan ku rasa sedikit lega. Mesyuarat ditamatkan bila pihak Syarikat Megah Holding meminta tempoh untuk menilai semula cadangan yang pembentangan itu.

"Encik Kamil, boleh tinggalkan saya dengan pembantu awak sebentar sebab ada beberapa soalan untuk ditanya padanya". Wajah Kamil agak terkejut dengan permintaan Am yang dirasa cukup pelik. Kamil memandang aku, aku mengiakan permintaannya. Setelah pintu ditutup Am terus bersuara.

"Sue apa khabar? soalnya"  Seperti Am lihat, Sue sihat dan bahagia. Apa maksud Sue dengan bahagia Soalnya resah. Selepas kita berpisah, Sue berjaya dalam hidup dan tak lama lagi Sue akan kahwin semula ujur ku sengaja menambah cerita. Kerana ku tahu dari riak wajahnya dia masih berharap aku kembali kepadanya. Kelihatan wajah kecewanya bila mendengar ucapanku itu.

Siapa lelaki yang bertuah tu, kalau tak keberatan boleh abang tahu. Oh... lelaki yang datang dengan Sue tadilah, Kamil namanya. Dialah insan yang banyak membantu Sue untuk bangkit dari kisah lalu. Kami cukup serasi dan yang paling penting dia percaya pada Sue kataku . Riak wajahnya berubah mungkin terasa tersindir dengan ucapan ku. Ahh.. lantak dialah kalau dia nak terasa bisik hatiku.

Sue, tak adakah ruang untuk kita bina semula hidup kita, abang tak boleh lupakan kenangan kita. Sue abang mohon Sue tinggalkan dia dan kembali pada abang. Abang dah sedar dan insaf rayu Am lagi. Kalau perlu abang sanggup cakap pada Kamil untuk minta dia lepaskan Sue. Wajah sayunya memilu hatiku. Tapi aku cukup terluka dengan kata-kata caciannya dulu. Aku tidak sanggup kembali padanya. Biarlah aku hidup sendirian daripada kembali padanya.

"Maaf bang, Sue dah buat keputusan untuk tidak kembali pada abang". Dengan tergesa-gesa aku keluar dari bilik itu.Aku bimbang jika aku berada lagi lama, aku tidak mampu bertahan. Kamil terkejut melihat wajah mendungku. Aku tahu banyak persoalan yang ingin di utarakannya.Tapi bila melihat wajah sedihku dia mendiamkan diri.

Seminggu, selepas dari peristiwa itu bilikku dikunjungi banyak bunga. Aku tahu ini semua kerja Am. Panggilan dan sms darinya juga banyak masuk kedalam mail box telefonku. Aku benar-benar tertekan dengan tindakannya itu. Kebetulan aku mendapat tawaran untuk melanjut pelajaran ke luar Negara. Tanpa berfikir banyak aku membuat permohonan cuti sambung belajar. Mujurlah tawaran yang ku terima tepat pada masanya bisik hatiku. Kepada Kamil kutitip pesanan supaya ia tidak menceritakan pemergianku ini kepada sesiapa pun.

Selepas segala urusan yang berkaitan selesai. Aku segera kelapangan terbang dengan hanya ditemani Maria. "Kau dah betul-betul buat keputusan nie soal Maria lagi". Yup, aku nak lupakan kisah lalu. Aku tak mahu Am menganggu hidupku lagi. Sekurang-kurang bila aku tiada di sini, dia akan melupakan ku. Aku doakan kau berjaya kata Maria dalam nada sayu. Selamat tinggal Malaysia bisik hatiku. Doaku moga Am tidak akan muncul lagi dalam hidupku biarlah ia menjadi sejarah. Cukuplah sekali hatiku dilukainya.




Titipan buat Amran Shah





Tamat.................

0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com