Daging singgan.

Hari nie saya nak masak daging. Sebab hanya ada daging je dalam Peti ais. kalau nak masak sup kena ada tulang baru best. so tiba- tiba teringat nak buat singgan. Dah lama sebenarnya tak masak daging macam nie. ok kita tak yah melaluk banyak-banyak. Jom kita tengok resepi. Ianya boleh Dimakan seramai 6 orang  je........



Bahan-bahannya:

   300 gram Daging dipotong
* 2 ulas bawang Merah
* 1 ulas bawang Putih
* 3 biji Cili Padi
* 1 biji lada merah
* Sedikit Ketumbar
  1/2 Inci Kunyit (Potong Mayang)
  1  Inci Halia (potong mayang)
   1 keping asam gelugur
   Sedikit air asam Jawa
  garam
  bahan perasa

Cara-caranya:,

Basuh daging sebersihnya. Kemudian masukkan air kedalam periuk yang berisi daging.
Perlahankan api ( reneh untuk bagi daging empuk)
Kemudian bahan yang bertanda * ditumbuk kasar. Kemudian masukkan kedalam periuk.
Selepas itu di ikuti kunyit, halia, asam jawa, asam keping dan garam serta perasa secukupnya.
masak sehingga daging empuk.




Daging yang siap di masak




Selamat mencuba

0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com