Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 3

"Ya Allah indah sungguhnya ciptaan Mu ini" detik hati Hakim bila memandang wajah Dian. Terasa jantungnya tidak berada dalam keadaan tempo yang normal, berdebar amat sangat. Tidak pernah dia merasa seperti ini. Lidahnya, terus menjadi kelu. "kenapa jadi macam ni ek..Hakim menyoal dirinya". bukannya aku tak pernah pun berkomunikasi dengan perempuan tapi hari ini kenapa lidah ku menjadi kelu detik Hakim "emm....saudara, saudara okey ke tak ni? kedengaran suara gemersik halus bertanya keadaan ku".







Dian Darwina



Ya....ya saya okey... tapi awak belum lagi jawab soalan saya? Siapa nama awak dan tak usah segan untuk berkawan. Sudikah awak berkawan dengan saya soal Hakim lagi? err....sa...saya, rasa bolehlah kut!! Awak boleh panggil saya Dian, dengan rasa teragak-agak dan rasa yang segan dia memperkenalkan diri. "Tak kan Dian je nama penuh awak". Ke nama penuh awak Dian P.Ramli macam nama pelakun yang terkenal tu? soal Hakim sambil mengusik Dian untuk menimbulkan sedikit kemesraan. "Tak....tak... nama penuh saya Dian Darwina Bt Mohd Kamil. Kawan-kawan saya semua panggil saya Dian."awak pun boleh panggil saya Dian"

Kalau macam tu saya nak panggil awak Wina bolehkan?. Saya mau jadi lain dari yang lain supaya saya nampak lebih istimewa dihati awak. Dan awak boleh panggil saya Hakim tapi saya bukan hakim dari mana- mana mahkamah tau!! kata Hakim sambil berseloroh. Dian tersenyum dan sedikit ketawa mendengar kata-katan Hakim. "emm...cantik bila awak ketawa macam ni, saya suka!! bertambah manis bila saya lihat lesung pipit yang timbul bila awak ketawa kata Hakim. Tiba-tiba wajah Dian berubah menjadi segan apabila mendengar Hakim berkata begitu.

"Err...Sa...saya pergi dulu dan terima kasih sebab sudi kembalikan buku saya yang hilang ni." Dian terus tergesa-gesa pergi dari situ. Dia rasa wajahnya dah bertukar warna kerana teramat malu mendengar kata pujian dari seorang lelaki sehebat Hakim. Hakim mengeleng kepala melihat telatah Dian yang tergesa-gesa pergi dari situ. "Comel sungguh detiknya" Aku akan cari dia lagi dan pikat dia sampai dapat jadi kekasih hatiku tekad hati Hakim.

Weh!! Dian kau kenapa ni dari tadi aku tengok kau tersengih-sengih sorang-sorang macam tak betul ni kenapa? tanya Mia. "Damia merupakan best friend and roomate Dian". Dari sem pertama sampailah sekarang mereka memang rapat macam isi dengan kuku tak boleh berpisah langsung. Segala suka duka mereka kongsi bersama."Kau tau tak Mia, tadi aku jumpa sape? Mana aku tau kalau kau tak cakap. Aku tanya pun kau tersengih je dari tadi. Nie kau angau dengan sape Dian, cuba bagi tau aku sape lelaki malang tu yang buat kawan baik aku ni angau semacam je dari tadi usik Mia.

Aku jumpa lelaki yang hot kat U kita ni. Lah!!.... itu pun kau nak kepoh bagai ni kenapa? Biasalah kita jumpa dia, dah namapun kita satu U dengan dia kata acuh Mia. Bukan macam tu lah, maksud aku Mia!! Tadi aku jumpa face to face dengan dia dan aku bercakap dengan dia face to face kau tau tak Mia? What!!! kau cakap dengan dia Dian? Ehh....apa yang menyebabkan kau boleh bercakap dengan dia. Tapi Dian, kau kena hati-hati dengan Hakim tu,dia kan ramai peminat dan terkenal takut kau makan hati je amaran Damia. Hakim ni aku dengar orang cakap dia pantang nampak perempuan dahi licin, mula lah jadi ulat bulu naik kedaun. Aku cuma nak ingatkan kau baik hati-hati Dian jangan sampai kau cair dengan ayat jiwang dia. Aku sayang kau dan aku tak nak kau dikecewakan Dian.

Thanks....Mia aku tau kau sayang aku.Tapi aku tengok dia baik je.Okey je tak macam yang kau cakap. Eh...eh dan mula puji mamat tu kenapa kau suka dia ke Dian. Baik kau buang niat dan angan-angan kau tu. aku tak nak pelajaran kau terganggu disebabkan dia. Aku pun tau Mia lagipun aku dah besar boleh pikir mana baik dan mana buruknya.Thanks... kerana nasihat aku. Aku sayang kau Mia. Aku pun sayang kau Dian terus Mia memeluk ku. Eh...jap-jap kau tak cakap lagi apa penyebab yang buat kau cakap dengan dia Dian!! Lalu ku ceritakan semula apa yang berlaku pagi tadi kepada Damia.


"Wina....Wina.... tunggu kejap!! Dian mendengar suara lelaki memanggil namanya. Tapi betul ke dia panggil aku kan dia panggil nama orang lain tak pasal-pasal aku dapat malu kalau aku berpaling fikir Dian. Lagipun mana ada orang panggil namanya Wina kat sini semua kawan dia panggil Dian. Lalu Dian meneruskan semula langkahnya yang terhenti tadi. ehh...ehh Wina!! tunggu kejap, nape nampak tergesa-gesa nie tanya satu suara. La... dia panggil aku rupanya bisik hati Dian. Lalu Dian memusing badannya apabila dia merasakan ada seseorang sedang menghampirinya.

Ehh...awak Hakim saya ingatkan sape tadi!! sori ye Hakim saya tak perasan kata Dian. Yelah saya dari tadi asyik panggil awak je, tapi awak buat macam tak dengar je sapelah saya nikan ada nada sedikit rajuk pada suara Hakim. Ehh!! dia ni nak sentap dengan aku nie napa aku bukan mak we dia keluh hati Dian. "Maaf, saya tak sengaja tak perasan awak panggil saya kata Dian. Selalunya orang panggil saya Dian, tu yang jadi tak perasan. Saya ingatkan awak panggil orang lain" Maaf ye Hakim kata Dian mengala malas nak pujuk. Saya boleh maafkan awak tapi ada syaratnya kata Hakim. "Ehh mamat ni, main syarat-syarat pulak nak maafkan aku detik hati Dian. Dia ni ingatkan aku nie sape agaknya. Tapi Dian tetap cuba memaniskan semula mukanya yang sentap dengan kata-kata Hakim yang kebudakan itu. Emm.... apa dia? tanya Dian.

Jom temankan saya makan kat cafe dari tadi lagi saya tak sempat sarapan adu Hakim. Lagipun awak tak ada kuliah sekarangka. "Saya ada kuliahlah kejap lagi kata Dian". Lah....awak tak payah nak tipu saya, kuliah awak start pukul 3 petang. Dan sekarang ni baru je pukul 2 petang masih ada 1jam sebelum awak masuk kuliah. Err...tapi Hakim saya nak dulu solat sekarang nie dalih Dian. Lah... itu je yang awak pikir dari tadi? sape kata kita makan dulu. kita solat dulu kat surau fakulti then lepas tu kita pergi cafe so kita masih sempat nak makannkan soal Hakim. Dian mula gelisah, dia tak mau keluar makan dengan Hakim kerna takut dijadikan bahan gosip. Fikir Dian fikir...napelah otaknya tak nak jalan time-time kecemasan ni keluh Dian.

Hah....dapat pun idea, syukur-syukur jalan jugak otaknya sekarang nie sambil tersenyum Dian mula membuat lakonan. Sori lah Hakim.... memang saya teringin nak gi makan dengan awak tapi saya ada temujanji dengan lecture nak discuss pasal tugasan yang lecture bagi. Kalau macam tu saya temankan awak jumpa lecture lepas tu kita gi makan okey. Hakim membuat kata putus. Ehh...ehh tak boleh lah, saya rasa agak lama jugaklah saya kena discuss dengan lecture sebab banyak yang saya tak paham. Kalau macam tu tak pelah kita keluar makan lain kalilah keluh Hakim dengan nada agak kecewa bila permintaannya ditolak.

Sori ye Hakim...Tak pe saya faham. Lagipun pelajaran kena diutamakan. Tapi janji dengan saya hari minggu nie kita keluar ye!! Okey Dian saya pergi dulu nanti saya jumpa awak semula untuk bincang date kita ye. Bye Dian lambai Hakim berlalu pergi. Hah...masalah nie, masalah.....rahang muka Dian jatuh bila memikir date yang dikatakan Hakim itu. Apa pulak alasan yang dia nak bagi nie... err....masalah-masalah nie, kenapalah mamat nie tak paham-paham dengan alasan yang aku buat geramnya runggut Dian.



Bersambung.....


0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com