Salam semua.....Selamat bercuti semua. kalau musim cuti macam nie kat rumah mesti ramai orangkan. Lagi-lagi dengan cuaca yang tak menentu ni menyebabkan kita cepat lapar. Yelah hari hujan cepat je lapar. Kadang-kadang tak tau nak makan apa. So hari saya nak syer satu resepi yang baru je saya siap masak tadi.
Jom kita pakat ramai-ramai cuba resepi nie
BAHAN-BAHAN YANG MESTI ADA
Untuk penyediaan ayam
1 ekor ayam sederhana besar di belah 4
2 Labu bawang putih dikisar
200g Halia dikisar
Air secukupnya
sedikit garam
Bersihkan ayam, masukkan ayam dan air sehingga ayam tenggelam.
Kemudian masukkan 3/4 bahan yang dikisar kedalam periuk. Panaskan api, masukkan garam dan biarkan ayam sehingga masak.
Untuk air kicap
kicap secukupnya
madu secukupnya
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar gula
Apabila ayam masak, angkat ayam bersama sedikit air rebusan. kemudian masukkan bahan di atas perap seketika.
Apabila ayam hendak digoreng, air perapan tadi diambil kemudian dipanaskan hingga mendidih.
siap untuk dimakan
Untuk penyediaan sup
kaki ayam dan leher ayam yang tidak direbus tadi
Rempah sup bunjut
Kiub ayam
garam
daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
2 inci halia diketuk
2 ulas bawang di hiris nipis
sedikit minyak
Tumis bawang dan halia bersama rempah ratus dlm sup bunjut.
masukkan 1cawan air rebusan, ayam, sup bunjut, kiub ayam dan garam secukup rasa.
biar ia mendidih. bila masak masukkan daun sup dan bawang goreng
Untuk penyediaan air lada
4biji tomato
3 biji lada merah
cuka secukup rasa
garam dan gula secukup rasa
1 ulas bawang putih
Belender kasar semua bahan ini. kemudian didihkan sehingga masak dan agak pekat sedikit
Untuk penyediaan nasi ayam
1 pot beras dibasuh dan ditoskan
sedikit pewarna kuning jika suka
1 sudu marjerin/ minyak
1/4 bawang dan halia kisar
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
Panaskan marjerin tumis bahan di atas
kemudian masukkan beras dan air rebusan ayam
masak seperti nasi biasa
masukkan sedikit pewarna.
tunggu hingga nasi masak.
bila masak boleh hidang
Ayam yang sedang digoreng sekejap saja.
Apabila nak makan potong kecil-kecil
Hiasan untuk nasi ayam
tomato
daun salad
timun
Maaf gambar lain x ada sebab gambar nie semua yang tinggal saki baki ye
0 ulasan:
Catat Ulasan