Resepi Ayam Percik Versi Kelantan

Assalamualaikum semua......
Pernah tak anda semua menghadapi masalah menu untuk memasak seperti saya. kadang-kadang bila nak memasak kena berfikir kan?

Macam hari ni lama dok pikir nak masak apa. Ayam ada tapi tak tau nak masak apa. Pikir punya pikir rasa nak buat ayam perciklah pulak.tapi aku nie bukan terror pun bab masak.

Tapi boleh lah sikit-sikit sebab minat nak mencuba. so tanyalah mak nak buat macam mana sebab tak pernah try buat. Mak pun bagilah tau sikit-sikit so pandai pandailah agak-agak bahan yang nak digunakan. Hasil percubaan yang pertama pun terjadilah memang best sangat.



Siap dibakar tapi tak pandai nak menghias pun. Snap dengan fon terus bila siap bakar.
dah jadikan bukti air tangan saya he...he....





Bahan-bahan

Bahan untuk perap ayam
8 ketul ayam
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 1/2 inci halia
sedikit garam
sedikit kunyit (tak mau letak tak pe)



Gambar ni ayam dah diperap


Kesemua bahan ini dibelender n perap pada ayam yang dibersihkan terlebih dahulu kemudian dilumur sedikit kunyit

Bahan untuk kuah

8 ulas bawang merah
2 inci halia
5 tangkai cili kering @ 3 s/b cili giling
2 batang serai
2 cawan santan
asam keping
garam
gula
sedikit minyak (taknak masuk pun tak pe depend)

Cara-cara
Bawang merah, halia.cili kering dan 1 batang serai dibeleder terlebih dahulu.
Panaskan kuali masukkan sedikit minyak.
Masukkan semua bahan yang di bender tumis seingga masak
Setelah itu masukkan baki 1 batang serai yang diketuk terlebih dahulu
Kemudian masukkan santan .asam keping garam gula secukup rasa
Pastikan santan setiasa dikacau bagi mengelak santan berketul
Apabila kuah masak masukkan ayam yang diperap tadi kedalam kuah
masak ayam separuh masak.renehkan ia.


 Gambar nie masa time bakar atas pemanggan letrik.maklumla malas nak bakar dengan arang kerja rumit.nie kerja orang nak cepat makan macam saya. he...he....


Langkah terakhir bakar ayam tersebut dengan disalut sedikit kuah. bakar sampai masak.
ayam siap boleh makan ler...

Nota kaki: Pastikan kuah ada rasa manis masam baru best makan
                 kalau kuah tak pekat boleh bancuh dengan sedikit air bancuh dengan  tepung beras

Selamat mencuba.....

0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com