Seandainya kau mengerti Hati Ini Bab 5


Okey nanti abang bagi tau tapi kita kena cari tempat makan dulu, perut abang dah lapar. Sambil makan kita boleh cerita. "Betul ke Wina nak tahu nape abang tukar panggilan nie?" Eish... buat-buat tanya lak detik hati Dian.

Encik abang sayang.... tadikan Wina dah naye, nape masih nak naye lagi soalan yang sama kata Dian dengan sedikit geram. Hakim ketawa besar bila mendengar kata-kata yang di sebut oleh Dian. " Oh sweetnya Wina panggil abang dengan gelaran abang sayang. Nie yang bertambah abang suka dan sayang dekat Wina. Kita tanya betul-betullah yang awak main-main nie kenapa Hakim?



"Yelah... abang bagi tau..!" Ada dua sebab utama yang Wina patut tukar panggilan nie tapi sebab kedua nie lagi penting untuk abang. Okey!!...sebab yang pertama, abang dengan Wina tak sama umur means, abang lebih tua dari Wina so itu panggilan yang sepatutnya Wina perlu panggil.

Dian mengangguk mengiakan kata-kata Hakim. "Okey.... Wina boleh terima sebab yang pertama tu". Sebab kedua pulak apa yang pentingnya....tanya Dian yang kelihatan tidak sabar mendengar sebab kedua. Sebab kedua nie, memang sangat penting untuk abang kerana.... emmm..Hakim sengaja melambat-lambatkan jawapannya bila melihat reaksi Dian yang teruja. Awak!!!...cakaplah cepat tak yah nak main-main marah Dian dengan rasa geram bila Hakim sengaja mendera perasaannya.

"Okey-okey abang serius, Hakim mengalah". Wina tau kan, abang memang sukakan Wina sejak dari hari pertama kita jumpa lagi". Maksud abang, masa abang lihat buku catatan Wina kemudian abang jumpa Wina face to face. Perasaan yang abang rasa lain sangat pada masa tu, perasaan yang wujudnya nie tidak pernah sekali pun wujud pada perempuan lain.

Tapi dengan Wina hanya dengan tengok gambar je, dah boleh buat abang jatuh hati dan terus tersungkur kata Hakim sambil tersenyum simpul mengenang kisah lalu. "Abang tau, kata-kata abang nie memang tergesa-gesa, tapi percayalah bila melibatkan perasaan, abang memang tak mampu nak handle. Abang takut bila abang lambat luahkan perasaan nie, kita dah jauh.

"Wina taukan sekarang abang dah sem akhir, Wina pulak ada baki satu sem lagi nak habis belajar". So...masa kita untuk berdua dah tak banyak. Abang nak lamar Wina jadi teman abang. Maksud abang jadi isteri abang pelengkap hidup abang.

What!!! Dian amat terkejut dengan kenyataan berani mati dari Hakim. Baru je kali pertama mereka keluar nie dah dilamar gila ke apa hakim nie detik hati Dian. Wina.... please.....dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang tau ianya terlalu mendadak, tapi sebelum kita keluar nie pun abang dah buat solat istiqarah supaya apa yang abang buat nie betul dan bukannya berlandaskan darah muda aje tapi demi agama.

Abang tak mau berkasih lama-lama, sebab ia boleh mengundang banyak dosa. Lagipun itu semua bukan sikap abang. So.. abang nak kita bercinta melalui cara menghalalkan yang haram maksud abang dengan ikatan perkhawinan. Wina faham maksud abangkan? "Abang tak akan paksa Wina untuk terima abang". Tapi abang bagi masa untuk Wina fikir semasak-masaknya dan buat solat istiqarah untuk mendapat petunjuk bagi mendapat jawapan diatas keraguan hati Wina."

Insya Allah kalau niat kita baik, ianya akan dipermudahkan". Hanya doa saja, senjata yang paling mujarat di dunia ini semoga kita berjodoh di dunia dan di akhirat kata Hakim. Dian cukup terharu dengan ketulusan Hakim tapi hatinya masih ragu-ragu. Banyak perkara yang betul di pertimbangkan detik hati Dian.

"Tapi kite nie masih muda dan masih belajar" kata Dian. Ye.... abang tau, tapi itu semua bukan satu masalah untuk kita membina hidup yang bahagia Wina. Tapi taraf kita tak sama!!. abang berdarah bangsawan Wina lak golongan biasa. Dah tue miskin, anak yatim pulak mesti family abang tak suka kata Dian lagi.

Wina soal taraf atau darah bukan masalah. Bila kita matipun semua tetap sama disisi Allah. Kita pergi mengadap Dia pun dengan sehelai kain putih je. Tak ada beza pun dengan golongan biasa sama je. Yang beza hanyalah amalan kita je. Semua yang ada di dunia nie bersifat sementara je terang Hakim.

Satu lagi, sebelum abang nak cakap nie, abang nak mintak maaf dulu dengan Wina. Sebenarnya sebelum kita keluar berdua nie, abang dah selidik siapa diri Wina. Abang takut wina dah berpunya dan hak orang sebab tue abang selidik lebih awal. "Abang tak mau jadi perampas". Syukurlah Wina masih single kata Hakim sambil tersenyum.

Abang nak Wina tau yang abang terima Wina bukan apa yang ada pada wina tapi abang terima apa yang kurang supaya kita sama-sama membaiki dan saling melengkapkan apa yang kurang itu. Abang juga bukan insan yang sempurna sangat pun sebab itu abang nak kita saling lengkap melengkapi.

Pasal family abang Wina, tak payah susah nak fikir tau abang nak handle macam mana. Lagipun ini soal masa depan dan kehidupan abang. Abang lebih berhak untuk mencari dan menentukan pasangan hidup, janji ada restu dari keluarga itu yang lebih penting kata Hakim.

Setelah mendengar kata-kata Hakim, Dian terasa sedikit lega. "Kalau itu kata dari abang, Wina mintak diberikan  tempoh masa untuk Wina fikirkan lamaran ini. Okey!! abang tak kisah, ambil lah seberapa lama masa yang Wina nak cuma harapan abang agar jawapan positif yang diberi oleh Wina nanti.

Setelah itu, kami berbual tentang diri masing-masing. Maaf jika Wina tanya setahu Wina, abang nie ramai girlfriend nape tak ajak dia orang kahwin tanyaku. Memang betul kata wina tu, abang memang ramai girlfiend. Aku terkejut dengan pengakuan jujurnya itu. Tapi abang semuanya tak de yang berpegang status special girlfriend sambung Hakim lagi.

Aku binggung mendengar jawapannya. Hakim tersenyum nipis bila melihat wajah ku yang terpinga-pinga. Wina ni lambat pick up lah kata Hakim sambil ketawa. Okey cuba wina translate girlfriend ke dalam bahasa melayu apa maksudnya soal Hakim. Emm...kawan perempuan kata ku. So, ianya bukan teman wanita atau kekasihkan tanya Hakim. Aku mengiakan katanya. Jadi betullah apa yang di orang cakap abang ramai girlfiend dan ianya tak salahkan? ?Macam Wina dengan kawan lelaki lain, semuanya tu pun hanya atas dasar berkawan saje tak lebih dari itukan kata Hakim.

Untuk pengetahuan Wina di hati abang sekarang nie hanya ada seorang yang berada di carta paling teratas dalam hati abang selepas Wina. Datang beribu perempuan pun ia tak dapat nak menandingi kehebatan wanita itu. Aku sedikit cemburu mendengar kata-kata Hakim itu. Siapa perempuan tu!! beruntung sungguh detik hati Dian. Wina nak tau sape perempuan tu. Aku mengangguk lemah, kalau nak bagi tahu apa salahnya Wina sedia mendengar.

Baiklah perempuan yang cukup hebat tu adalah mummy abang. Dia adalah segala-galanya. Tanpanya tak wujudlah abang yang hensome dan macho kat dunia nie seloroh Hakim. Aku sedikit geram bila dipermainkan Hakim.

Tak pasal-pasal aku malu bila dah salah faham dengan dia tadi detik hati Dian nasib baik dia tak tahu aku cemburu. Kesimpulannya, lagi ramai kita kumpul girlfiend lagi bagus dari kita kumpul musuh ye tak Wina kata Hakim. Aku mengangguk kepala mengiakan kata-katanya. Tapi ibu tetap nombor satu di duniakan kata Hakim.

Dah lama nie kita berborak, jom kita balik lagi pun hari dah nak petang nie kata Hakim. Dian mengangguk lemah  dia dah tak ada mood nak berjalan, yang ada cuma dia nak cari ketenangan jiwanya sahaja,







bersambung





0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com