Salam sayang untuk semua. Sape yang gemar makan kek tetapi mengejar masa.....
Hari saya nak share satu resepi kek untuk mereka nak cepat.
Kek ini, sangat mudah untuk dibuat dan amat sedap untuk dimakan. Masa untuk membuat kek ini juga tidak lama. Oleh itu ianya amat sesuai untuk mereka yang kejar masa.
Kek Kurma Moist
Bahan-bahannya
2 cwn Tepung naik sendiri
1 Biji Telur
3/4 cwn Gula castor
1 s/k esen vanila
1 cwn Susu Cair
3/4 cwn Minyak
1 cwn kurma ( sila cincang halus- halus)
Sedikit Pewarna merah
Hiasan.
sedikit kurma
Cara-cara membuatnya
Blender telur gebu, kemudian masukkan gula dan esen vanila sampai sebati
Dalam bekas lain masukkan tepung dan telur yang diblend tadi
Kacau sebati, kemudian masukkan susu kacau sebati
last masukkan minyak kacau sebati.
kemudian masukkan pewarna yang disukai di ikuti buah kurma
Bakar dalam masa 45 minit
Siap untuk di bakar
Beberapa minit dalam oven
Dah siap masak
Dah siap potong jemput makan
Okey selamat mencuba
0 ulasan:
Catat Ulasan