Puding Karemal Coklat Versi Kukus

Assalamualaikum semua.....

Nak cite hari nie tiba-tiba rasa rajin nak buat kek. Asyik dok pikir kek apa yang cepat dan senang nak buat. Terlintas di hati nak cuba try buat kek puding Karemal versi coklat sebab ada seorang akak cakap kek ni sedap. So apa lagi nak tunggu saya terus godek internet cari resepi. Dalam banyak-banyak resepi yang menarik hati, saya tertarik satu resepi nie. Tuan punya resepi asalnya dari izahdaut.blogspot.com
Kak izah mohon copy ye.

Apalagi saya tengah bersemangat nak buat. Pagi-pagi nak buat kek tapi masa tak banyak. Nasi belum masak lagi hehe.... Penangan kek punya pasal ler saya abaikan dulu masak nasi. Bukan apa budak-budak balik sekolah lewat so masak nasi lewat sikit pun tak pe............Sape-sape nak resepi boleh ambik tapi saya ejust sedikit ikut selera sendiri.







 Langkah Pertama :

Bahan-bahan untuk Karemal
2 sudu besar gula ( buat gula hagus)

Buat gula hangus dalam loyang yang nak buat kek.
Biar seketika

Bahan-bahan lain pula
3   biji kuning telur
2   biji telur (putih & kuning)
1   tin susu cair
1/2 cwn susu pekat ( aku kurangkan sikit sbb tak suka manis)
1 titik esen vanila

Sediakan kukusan bagi panas. 
Kemudian kacau perlahan semua bahan di atas bagi sebati.
Tapis dan tuang kedalam bekas yang ada gula hangus tadi,
Kukus sampai masak.


Langkah kedua untuk kek: 

Step 1:

1/2 cwn serbuk koko (tapis dulu)
1/2 susu pekat
1/2 cwn gula castor/perang
1 cwn susu cair
1 cwn minyak/minyak jagung

Satukan semua bahan kacau perlahan sehingga sebati diatas api kecil. Biarkan seketika.


Step 2:

3/4 cwn gandum
1 s/k Soda Bikarbonat
1 s/k Baking Powder

Semua bahan ini di ayak.


Step 3:

  4 biji telur di belender sekejap.

Ambil step 2 dan 3 dimasukkan ke dalam bekas step 1 secara selang seli.
Kacau sehingga sebati.
Ambil adunan kek ni tuang dalam karemal yang dikukus masak
Kukus kek dalam 45 minit atau sampai masak
Bila sejuk masukkan dalam peti sekejap.
Lepas tu boleh makan sejuk-sejuk




Versi potong besar 



Versi potong kecik-kecik.

Sorry ler saya punya picture tak cantik tapi keknya best sangat makan time sejuk-sejuk

Selamat memcuba resepi nie................

0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com