Pengumuman pendaratan di bumi Malaysia dengan selamatnya membuat perasaan aku bercampur baur antara teruja dan takut bercampur aduk ketika ini. Dian kau harus kuat, lupakan kisah lalu. Mungkin juga si dia dah melupai kewujudan mu di bumi ini. Ya... aku harus kuat, tekadku pada diri sendiri untuk memulakan hidup baru di bumi Malaysia.
Ku kalih disebelahku... kelihatan puteriku terpingga-pingga melihat keadaan disekelilingnya. Mama... kita dah sampai Malaysia ke? pertanyanya ku jawab dengan sedikit anggupan. Ye sayang sekejap lagi kita jumpa auntie Mia. Sayang ingat lagikan kawan mama yang selalu Fb dengan mama tu? ku aju pertanyaan padanya. Kelihatan dia seperti memikir sesuatu agak lama juga baru dia mengiakan pertanyaan ku.
Nur Damia
Mataku menyilau-nyilau mencari kelibat Mia dicelahan orang ramai yang sedang menunggu penumpang yang baru tiba dari London. Dian!!! jeritan kecil dari Mia menyebabkan aku tertoleh kearah suara jeritannya itu. Kelibat Mia sudah jelas kelihatan dimataku. Hai...Mia!!! jeritan terujaku kearahnya. Kami saling berpelukan seketika untuk melepas rindu sebelum dia melepas pelukkan ku untuk mendapat sekecilku. Hai... sweetheart how are you? Tanya Mia. Fine..auntie jawab anakku.
Mia... dia boleh cakap melayulah, tak payah kau nak menenglishkan dia. Aku dah memelayukan. Hehe....aku ketawa melihat gelagat Mia yang cuba berkomunikasi dengan lia. Yup...auntie mama selalu cakap melayu dengan lia bila kat rumah. "Kata mama dia tak mau lia lupa asal usul". Dah lah Mia, tak kan kita nak buka cerita kat airport ni!! Jomlah, kita balik aku dah penat duduk dalam penerbangan pun dah berjam-jam tau. Aku buat sedikit nada merajuk pada Mia. Hehe...aku ketawa dalam hati nak tengok Mia pujuk tak kalau aku buat-buat merajuk. Ala hai Dian... sori aku lupa, teruja sangat bila jumpa kau semula.
Jom kita kerumah aku dulu, tidur and rest kat sana. Bila hilang penat kau, kita round satu KL kemudian kita tengok rumah yang kau nak sewa tu. Kalau kau berkenan kita boleh bayar deposit rumah macam ner tanya Mia padaku. Okey.. sambil aku mengangguk memerhati Mia yang sibuk berceloteh dan melayan puteri ku.
Wah!!! banyaknya makanan ni, sape yang masak? kau ke Mia!!. Ya lah aku masak untuk kau tentu dah lama kau tak makan masakan melayu ni terutamanya masakan dari air tangan akukan? Aku cukup terharu dengan keperihatinan Mia. Thanks....Mia. aku terus memeluk Mia kerana terharu dengan layanannya itu.
Ehh..mana suami kau Mia.....aku tak nampak pun dia dari tadi lagi? aku hampir terlupa bertanya tentang suami sahabatku in. Ini pun baru aku terfikir setelah agak lama aku sampai di rumahnya tetapi kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Ohh!! Amar outstation kat Johor seminggu, lagi empat hari dia baliklah. Sekarang ni aku tinggal seorang-oranglah kat umah nie.
Hai!!! pengantin baru pun kena tinggal jugak ke. Nape kau tak ikut sekali? boleh terus honeymoon kat sana ujur ku. Aku tak boleh pergilah Dian, kerja aku bertimbun-timbun, lagi pun student aku dah nak hampir exam, mana boleh aku pergi. Kami pun dah rancang nak pergi honeymoon lepas habis exam kata Mia. Betul jugak kata-kata Mia fikirku lagipun diakan Pensyarah tugasnya mendidik lebih penting dari keperluan peribadinya sendiri. Mia seorang yang berdedikasi pada tugasnya. Perangainya still tak berubah macam zaman belajar dulu fikirku.
Keesokkan hari kami keluar untuk melihat rumah sewa yang di cari oleh Mia. So...Dian macam mana dengan rumah ni kau setuju ke nak sewa? Aku memerhati kawasan sekitar rumah itu, boleh tahan jugalah persekitarannya. Rumah ini pun berdekatan dengan tadika. Yup...aku setuju, setelah aku membuat pertimbangan. Sewa rumah pun berpatutan.
Err...Pakcik Man, kawan saya setuju untuk sewa rumah ni, jadi bolehlah kami bayar deposit rumah sebab kawan saya nak pindah secepat mungkin. Macam ner pak cik boleh ke?tanya MIa. Ok nak.. Pakcik tak ada masalah kalau anak semua dah puas hati jawab pak cik Man. Bila bayaran deposit rumah diberi, Pakcik Man menyerah segugus anak kunci rumah kepadaku. Kalau kamu ada masalah dengan rumah ni, kamu boleh bagi tau pakcik ya, pesan pakcik Man sebelum meninggalkan kami bertiga dirumah itu.
Mia kita kena cari perabot untuk rumah ni sebelum aku nak masuk keje. Kau pun still free lagikan hari ni, aku ingat nak ajak kau pergi shopping barang-barang. "Aku on time je Dian lagipun my Hubby tak de lagi kat rumah so aku boleh lah meronda dengan kau". Ok set aku setuju kata Dian. So... apa lagi jom kita pergi shopping. Mia membawa aku shopping ke One Utama. Kami memilih beberapa biji perabot dan sedikit peralatan dapur. Aku tak boleh membeli banyak sangat barang sebab aku tengah tunggu barang yang aku hantar melalui kargo ke Malaysia sampai terlebih dahulu.
Ketika aku sedang asyik memerhati barang. Aku terdengar tangisan anak ku. Aku lihat seorang lelaki sedang memimpin tangan anak ku sambil memujuk supaya berhenti menangis dan bersedia membantu anak ku untuk mencari ibu. Sayang !!! jeritku pada anak ku. Mendengar suaraku itu anak ku berhenti menangis dan berlari memeluk ku.
Sori.... ye encik, anak saya menyusahkan encik dan terima kasih kerana membantu kata ku tanpa memandang wajahnya kerna terlalu sibuk menenangkan anak ku. Dahlah Lia jangan nangis mamakan ada.Kkenapa Lia tak tunggu auntie Mia kat toilet tadi tanyaku padanya. Lia dah cari auntie Mia, tapi Lia tak jumpa mama. Lia ingat auntie Mia dah tinggalkan Lia seorang-orang terang anakku dalam sedih.
Sayang, kan mama dah pesan, tunggu auntie Mia kat situ jangan merayau-rayau. Cik....kedengaran suara lelaki tadi menegurku. Anak cik dah tunggu kat situ dah lama sebelum saya masuk toilet and selepas saya keluar dia still masih menunggu. Agak lama itu sebabnya dia rasa kena tinggal, itu yang dia menangis. Aku memandang wajah lelaki yang sedang memberi penjelasan padaku. Alangkah terkejutnya aku melihat wajah yang aku ingin lupa kini muncul didepan ku tak sampai beberapa hari pun aku menjejak kaki ke Malaysia. Dunia ku seakan berputar-putar apa yang dicakap oleh lelaki itu satu pun tidak dapat aku cerna dekat baik.
Lupakah lelaki itu padaku? kenapa dia seolah-olah tidak mengenali diriku. Wajahku tiba-tiba pucat. Cik.. lelaki itu cuba bertanya sesuatu padaku tapi deringan telefon bimbitnya membuatkan dia tidak jadi untuk meneruskan kata-kata. Dengan tergesa-gesa dia meminta izin untuk berlalu. Jiwaku terasa amat lemah sekali melihat wajah itu. Langsung tidak menunjuk sebarang perubahan pada wajahnya Kematangan sebagai seorang lelaki yang berkerjaya dan berkarisma jelas terpampang diwajahnya.
Deringan telefonku mematikan lamunanku. Dicorong telefon kedengaran suara cemas Mia mengatakan Lia tidak ada bersamanya. Lia hilang daripada pandangan matanya bila di keluar dari toilet. Mia!! kataku padanya, Lia ada dengan ku sekarang. Kedengaran suara kelegaan dipihak Mia. Okey.... kalau macam tu kau tunggu aku kat sana. Kita jumpa kat situ kata Mia apabila aku memberitahu kedudukan aku sekarang. Okey..aku pergi jumpa kau kat sana kau tunggu kata Mia.
bersambung.....
Note : Sila tinggal jejak anda
0 ulasan:
Catat Ulasan