Kuih Lepat Ubi Kayu

Assalamualaikum semua....
Nak tanya pernah lihat atau makan kuih ni tak?
Nie kuih tradisional  dah ramai orang tak buat kut. Saya agak-agak je. hehe....Saya pun baru hari nie belajar buat. Not bad...ler
First time buat, nanti boleh improve lagi .
Kuih ni berasaskan ubi kayu.Manakala cara memasak melalui keadah mengukus








Bahan-bahan yang wajib ada


Ubi kayu yang siap dibersih



2 keping manisan
"1/2 keping dah siap masuk dalam santan baru teringat nak snap gambar"
1 s/k garam
400gram santan
Daun Pisang secukupnya
Air untuk mengukus


Cara-cara membuatnya:-



Ubi kayu perlu dimesin atau diparut halus terlebih dahulu




Lepas siap diparut halus, ubi tersebut perlu diperah airnya sehingga kering seperti di atas
Kemudian manisan dimasak bersama santan dan garam sehingga masak.
Lepas santan masak sejukkan seketika



Apabila santan sejuk masukkan kedalam ubi tadi gaul sebati
kalau anada suka manis boleh tambah dengan sedikit gula
Santan perlu di letak dalam ubi ini bergantung kuantiti ubi yang diguna.
"Bancuhan adunan jangan terlalu keras atau lembik"
Bila sebati ubi sedia dibungkus. 
anda juga boleh menyediakan periuk untuk mengukus kuih ini



Letak dalam periuk kukusan sampai naik wap atau sehingga masak.
Masa yang di ambil lebih kurang 15 minit je
Bila masa angkat dan tos seketika.



Kuih yang siap untuk ditapau

Okey selamat mencuba resepi ini.


0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com