Kerana Hati Yang Kau Lukai
"Abang tolong... jangan halau sue..." Sue tak ada sapa lagi dalam dunia nie hanya pada abang sue bergantung harap selama nie. Lagipun sekarang nie dah lewat malam, kat luar sana tu hujan sangat lebat, sue tak ada tempat untuk dituju. Kasihan nie sue bang, mana nak sue pergi malam-malam begini tangisan ku mula berlagu.
Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 6
Ayam Berempah
Assalamualaikum semua......
Sape suka makan ayam boleh join masak menu nie
Nak dijadikan cerita hari tu ada pergi satu pasar raya nie. Saya pergi kat satu bahagian iaitu dekat barangan basah dan tempat jual sayur-sayuran. Ada tau tak?.....
Pesanan kalau tak tau boleh pergi pasar raya boleh tanya pak guard bahagian barangan basah. sure.... Pak guard tunjuk he...he...
Asyik dok tengok sayur, ada seorang mak cik yang kerja kat situ tegur. Sembang kejap. Dia tunjuk kat saya Daun parsley katanya buat ayam berempah sedap. Saya pun tanyalah resepi nak buat. So mak cik tu pun bagi lah lebih kurang cara nak buat. Lain-lain saya ejust sendiri ler bahan. Cuma bahan yang wajib ada Daun ni dengan daun Ketumbar memang wangi dan sedap.
Kerabu Mangga
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua....
Sape suka makan kerabu angkat tangan....
buat-buat macam cikgu kat sekolah pulak he...he...
Cerita yang sebenar disebalik yang benar belaka....Kerabu nie dah lama buat. Tapi hari nie je sempat nak post. Bahan-bahan simple-simple pun sebab kejap je dah siap boleh makan. Saya nie bab kerabu suka sangat salah satu sebab saya nie memang suka merantah kerabu. Sebabnya ada rasa yang cukup. bahan-bahan pun tak susah
Bahan-bahan wajib ada :
1 biji mangga (diparut)
1 ulas bawang Bombay (potong nipis)
2 biji cili padi (potong kecil-kecil)
3 Biji asam Limau
3 s/b Kacang tanah goreng ( tumbuk kasar)
3 s/b ikan bilis di goreng
1 biji Tomato (potong dadu)
garam
gula
cara-caranya
Satukan semua diatas didalam bekas. Masukkan gula,garam dan air perahan limau nipis secukup rasa.
Last sekali masuk ikan bilis dan kacang.
Gaul sehingga sebati.
Daging Masak Sup
Menu hari nie adalah daging lembu. Sebabnya semalam pergi pasar nampak orang jual daging lembu. Rasa teringin nak makan sup daging pulak. Saya apa lagi beli terus ler. Kat rumah tak ramai orang beli sikit dah. Saya beli tulang dan daging masak sekali memang meletuplah sedap. Ini nak letak resepi buat panduan. Ini buat semalam tapi hari nie sempat post.
Puding Karemal Coklat Versi Kukus
Nak cite hari nie tiba-tiba rasa rajin nak buat kek. Asyik dok pikir kek apa yang cepat dan senang nak buat. Terlintas di hati nak cuba try buat kek puding Karemal versi coklat sebab ada seorang akak cakap kek ni sedap. So apa lagi nak tunggu saya terus godek internet cari resepi. Dalam banyak-banyak resepi yang menarik hati, saya tertarik satu resepi nie. Tuan punya resepi asalnya dari izahdaut.blogspot.com
Kak izah mohon copy ye.
Seandainya kau mengerti Hati Ini Bab 5
Encik abang sayang.... tadikan Wina dah naye, nape masih nak naye lagi soalan yang sama kata Dian dengan sedikit geram. Hakim ketawa besar bila mendengar kata-kata yang di sebut oleh Dian. " Oh sweetnya Wina panggil abang dengan gelaran abang sayang. Nie yang bertambah abang suka dan sayang dekat Wina. Kita tanya betul-betullah yang awak main-main nie kenapa Hakim?
Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 4
Ikan Talapia Masak Stim
Teringat pulak time-time nak buka puasa menu nielah yang jadi kegemaran kami sekeluarga. Maklumlah kat rumah tu tak ramai orang just 4 orangje. Lainlah kalau dekat nak raya memang penuh satu rumah tu siap kena buat dua hidangan. Kat meja memang tak boleh nak makan dah sebab tak muat. So, kita orang kenalah makan bersila ramai ramailah memang happening sungguh lah time tu.
Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 3
Seandainya Kau mengerti Hati Ini Bab 2
Resepi Ayam Percik Versi Kelantan
Assalamualaikum semua......
Pernah tak anda semua menghadapi masalah menu untuk memasak seperti saya. kadang-kadang bila nak memasak kena berfikir kan?
Macam hari ni lama dok pikir nak masak apa. Ayam ada tapi tak tau nak masak apa. Pikir punya pikir rasa nak buat ayam perciklah pulak.tapi aku nie bukan terror pun bab masak.
Tapi boleh lah sikit-sikit sebab minat nak mencuba. so tanyalah mak nak buat macam mana sebab tak pernah try buat. Mak pun bagilah tau sikit-sikit so pandai pandailah agak-agak bahan yang nak digunakan. Hasil percubaan yang pertama pun terjadilah memang best sangat.
Seandainya Kau Mengerti Hati Ini bab 1
Novel Seandainya Kau Mengerti Hati Ini
Prolog