Seandainya Kau Mengerti Hati Ini Bab 6

Sepulangnya dari berjumpa Hakim, aku terus mengadu pasal lamaran itu pada Damia. Mia macam ner ni, aku tak tau nak buat keputusan. "Aku nak tanya pendapat kau tentang hal nie". Hati kau macama ner lak tanya Mia. "Aku...aku tak tau nak cakap, nak dengan tak nak sama banyak je". Macam nie lah Dian, aku pun tak tau nak tolong kau macam ner, cakap pun salah tak cakap pun salah. Apa kata kau buat solat istiqarah selama seminggu mana tau Allah nak bagi kau petunjuk. Aku rasa itulah jalan yang paling terbaik yang boleh bantu kau.




Pasal hal tu, Hakim ada bagi tau, dia pun ada suruh aku buat solat istiqarah. "Ahh kalau macam tu baguslah". Tak sangka pulak aku, dalam playboy dia pun boleh warak jugak dalam bab-bab agama nie. Mia sebenarnya, Hakim tu dia bukan seorang playboy. Dia ada bagi tau aku yang dia tak pernah ada couple. Semua yang orang duk canang pasal dia tu gosip je. Aku pun mula-mula tak percaya jugak kata-kata dia. Tapi bila aku kenal dia nie, aku tengok dia dari persepsi lain  tak serupa dengan apa yang orang kata.

Sepanjang kita orang keluar tadi, dia betul-betul jaga tingkah laku terutamanya bila time solat. Aku cukup kagum. Jangan kata nak pegangan tangan dan berjalan pun dia berjarak dengan aku. Habis yang selalu kita tengok dia asyik berkepit dengan tengku Elyana tu apa Dian ?

Dia cakap Tengku Elyana yang terkedik-kedik kejar dia, tapi dia tak layan. dah macam-macam cara dia buat tapi minah tu still buat tak paham bahasa. Entahlah Dian!!, Mia pun tak tau nak cakap apa yang penting buat solat tu dulu. Insya allah kalau niat kita baik Allah akan permudahkan urusan nie.

Selama seminggu juga aku tidak nampak kelibat Hakim. Memang betul dia memberi ruang dan masa untuk aku membuat keputusan tanpa gangguannya. Selama seminggu juga aku membuat solat istiqarah nampaknya hatiku juga semakin tenang. Aku sudah mempunyai jawapan pada persoalan ini.

Genap seminggu selepas itu, aku memutuskan untuk menghubungi Hakim sendiri. Rasa resah dan berdebar-debar juga disaat aku mencuba meghubunginya. Tidak lama kemudian kedengaran suara Hakim diujung sana.

Assalamualaikum...Saya Wina terangku pada Hakim.
Walaikumusalam...Wina sihat, emmm... ada apa call abang? soal Hakim tertanya-tanya bila mendapat panggilannya.
Wina sihat. Emmm...sebenarnya Wina ada hajat untuk beritahu abang. Bila abang free supaya kita boleh jumpa ke? soalku. Benda nie penting untuk kita bincang, tak boleh cakap dalam fon terangku lebih jelas.
Kalau macam tu apa kata besok petang abang jemput Wina kat kolej putus Hakim. Okey.. Wina tunggu abang kat tempat biasa.

Aku merasa sedikit lega apabila selesai menghubunginya, Aku berdoa agar keputusan ini adalah keputusan yang terbaik dalam hidupku. Aku rasa tidak sabar berjumpa dengannya untuk menyatakan perasaan ku.



Bersambung....








0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com