Seandainya Kau mengerti Hati Ini Bab 2

Fuhh!! lega dapat tau Lia ada bersama dengan kau. "Takut juga aku bila tengok Lia tiba-tiba tak de kat situ". Dian kau okey ke tak ni, aku cakap kau buat tak endah je! Eh...jap nape muka kau nampak pucat je!macam baru lepas terserempak dengan hantu. ke..kau sakit? "kalau kau sakit, jom aku pi hantar kau ke klinik!! Mia....seru Dian, aku jumpa dia tadi.'Kau jumpa sape? sebelum terlintas satu nama difikirannya. Maksud Kau Ikmal? soal Mia. Ye..sape lagi yang boleh buat dunia aku tunggang terbalik keluh Dian. "Jadi apa dia cakap bila jumpa kau? "entahlah Mia dia macam tak kenal aku langsung. Macam kami tak pernah bersama.




Macam mana kau boleh jumpa dia? "Dia yang hantar Lia pada aku tadi kata Dian." Mula-mula aku tak perasan sebab sibuk pujuk Lia. Tapi bila dia bersuara, aku macam biasa dengar suaranya so aku pandang wajah empunya suara itu. "itu sebabnya aku terkejut n muka aku terus pucat macam tak berdarah". Kau cakap apa dengannya Dian? Aku...tak sempat cakap dia tergesa-gesa pergi lepas jawab panggilan. So memang dia tak cam kau kut. Kalau tak mesti dia terkejut jugak bila jumpa kau fikir Mia.Lagipun, mesti dia akan tanya kau pasal si Lia ni."Jom... kita balik aku penat lagipun jiwa dan fikiran aku tak stabil.aku tak sangka kami jumpa begitu cepat sangat kata Dian. "my be, tuhan nak tunjuk sesuatu kepada kau" kata Mia.Mungkinkah juga betul kata-kata Mia tu."Ah... malas aku nak fikir pasal lelaki tu buat sakit kepala je.

Dian banyak lagi ke barang yang kau nak kemas ni? " dah tak banyak pun aku cuma tunggu barang yang dihantar melalui kargo je lagi. Mia, jap lagi teman kan aku pergi survey kereta! Aku kena cari kereta untuk memudahkan aku nak pergi kerja dan hantar Lia ke tadika minggu depan. So, sebelum aku kerja kereta dah ada senang sedikit tak yah menyusahkan kau bila aku perlu apa-apa. Dian!!! jerit Mia kau tau tak, apa yag aku buat untuk kau,tak pernah aku rasa susah tau!!! Mia sedikit terguris dengan kata-kataku itu. "Mia... aku minta maaf, aku tak terniat nak singgungkan perasaan kau.kau banyak membantu kau dari dulu lagi. aku rasa segan dan sepatutnya aku berterima dengan kau kataku

."Kau tak pernah menyusahkan aku Dian. Malah.... aku rasa bangga dapat tolong kau. Kitakan sahabat sejati. Mungkin hari ini kau susah, mana tau nanti hari aku susah kau tolong. Waktu tue kau tak boleh menolak permintaan aku dah seloroh Mia. "Yelah...nanti aku belanja kau makan aiskrim macam dulu-dulu ok kan Mia? "Apa standard nak belanja ku makan aiskrim sekurang-kurang kau belanja aku makan kat hotel mewah ke! "Wah...demand kawan aku sekarang ni" Yelah...bila lagi aku nak pokaikan duit kau, kalau tak sekarang" kata Mia sambil ketawa besar.

Kau yakin ke nak beli kereta Myvi putih ni tanya Mia? "Yup...jawabku. Aku nak save budgetlah! lagipun buat apa aku nak pakai kereta besar kalau budget aku kecil. Aku nak simpan duit nak beli rumah, tak kan nak menyewa sampai ke tua. Semua ni kena rancang dari sekarang. Kau pun tahu aku ada komitmen pada si kecil nie. Kena ada duit simpanan kecemasan mana kita tau kalau ada perkara urgent kena guna duit tak lah aku risau sangat. Yup...betul kata kau Dian, aku kagum sungguh dengan kau sekarang. Kau banyak berubah tak macam dulu selalu lemah dan asyik kena tindas je. Kau perli aku ke Mia? Tak delah Dian aku cakap sungguh berdasar permehatian aku je. Masa telah merubah segala-galanya Mia keluh Dian.


"Lupa aku nak tanya kau dapat keje kat company mana?  Aku dapat kerja kat Syarikat T.M Megah Sdn Bhd. "Eh...itu kan salah satu company besar yang ada kat Malaysia. Aku dengar CEO dia muda lagi hensem pulak tu. Mana kau tau semua tu Mia? kau lupa ke aku nikan pensyarah Pengurusan perniagaan, jadi aku kenalah elert pasal semua tu. "Termaksud kehenseman CEO dia ke tanya ku untuk mengusik Mia". Eh...Dian yang tu, luar silibus tau aku dengar student yang praktikal kat situ cakap. Aku manalah pernah jumpa CEO dia lagilah. Aku ketawa mendengar luah Mia. Kau saje main-mainkan aku Dian tak aci sungguh kau nie asyik aku je yang kena Dian. Mia!! kalau kau nak tau aci mana ada kat sini tapi kat tempat lain banyaklah kata ku sambil ketawa. Yelah...kau memang macam tu. Perangai gila-gila kau nie masih tak berubah  nama je mak budak tegas Mia sambil mengeleng kepala.

Setelah selesai proses membeli kereta Mia menghantar aku pulang kerumah lebih awal katanya, Amar pulang dari Johor hari ini. Yelah....orang ada suami kena utamakan suami terlebih dahulu. Aku pun pernah mengalami detik-detik indah bersama insan tersayang sebelum badai melanda rumahtangga kami. Aku redha dengan ketentuan hidup ku sekarang, sekurang-kurang nya Allah mengantikan sesuatu yang bernilai buat ku dengan kehadiran zuriat saat aku kehilangan insan bergelar suami.

Cintaku berputih pada Tengku  Syed Ikmal Hakim  di alam pengajiaan ku di Universiti. Hakim adalah senior ku. Dia merupakan ketua pewakilan pelajar (MPP). Bukan setakat itu sahaja, Hakim juga seorang yang aktif dalam bidang sukan. Dia selalu mewakili universiti dalam pertandingan sukan dan berpidato. Ketampanan dan kepetahannya bercakap menyebabkan dia cukup dikenali ramai. Terutama dikalangan pelajar perempuan maklumlah dia nie keturunan syed belah ibunya bertambahlah macho. Siapa sangka dalam ramai-ramai student perempuan, tuah memihak pada aku apabila dia memilih aku untuk menjadi temannya. Masih ku ingat lagi detik-detik pertemuan pertama kami yang membawa kepada sebuah ikatan perkhawinan.



 Tengku IKmal Hakim
                                               

"Cik...tegur satu suara padaku". Ini buku awak kan tanya lelaki itu padaku. Aku memandang kearah buku yang ditunjukkan kepada ku. Alangkah terkejutnya aku bila melihat buku catatan yang hilang beberapa hari lepas kini berada di tangannya. Aku jadi sedikit malu kerana didalam buku itu tersimpan gambar-gambarku bersama catatan perjalanan hidupku disaat suka dan duka. Aku seorang yang gemar merakam gambar sendiri dan mencoret setiap peristiwa yang berlaku pada diriku pada buku. "Ah....pastinya lelaki itu telah melihat isi didalamnya malunya...fikir Dian lagi.

"Cik...saya minta maaf sebab terlihat dan terbaca buku catatan ini". Kan betul seperti jangkaannya detik hati Dian. Saya tau salah tapi rasa ingin tau mengatasi rasa bersalah saya. Sekali lagi saya mintak maaf kerana dah ceroboh hak awak. Saya tak sangkalah ada lagi insan yang begitu rajin dan elert pada perjalanan hidupnya dengan memotretkan didalam diari. Saya teramat kagum dengan semangat awak.

Oh...lupa saya nak perkenalkan diri. "Saya Tengku Syed Ikmal Hakim Bin Tengku Muzzafar. Boleh kita berkawan soal Hakim? Kalau tak keberatan boleh bagi tau nama awak soal Hakim. Cik... kenapa dari tadi asyik tunduk je muka dari memandang saya, ke awak tak sudi maafkan saya dan enggan berkawan dengan saya ada nada sedikit kecil hati pada suaranya. "emm....bukan macam tu, saya saya dah maafkan. Pasal berkawan pulak saya segan nak berkawan dengan awak! Awakkan orang popular dekat Universiti jadi sapelah saya yang kerdil ni untuk berkawan dengan orang seperti awak sambil aku mengangkat muka memandang lelaki itu. Ku lihat mukanya macam terkejut dan tergaman bila ia memandang wajahku, kenapa ya detik hatiku.




bersambung







0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com