Ayam Berempah

Assalamualaikum semua......
 Sape suka makan ayam boleh join masak menu nie

Nak dijadikan cerita hari tu ada pergi satu pasar raya nie. Saya pergi kat satu bahagian iaitu dekat barangan basah dan tempat jual sayur-sayuran.  Ada tau tak?.....

Pesanan kalau tak tau boleh pergi pasar raya boleh tanya pak guard bahagian barangan basah. sure.... Pak guard tunjuk he...he...

Asyik dok tengok sayur, ada seorang mak cik yang kerja kat situ tegur. Sembang kejap. Dia tunjuk kat saya Daun parsley katanya buat ayam berempah sedap. Saya pun tanyalah resepi nak buat. So mak cik tu pun bagi lah lebih kurang cara nak buat. Lain-lain saya ejust sendiri ler bahan. Cuma bahan yang wajib ada Daun ni dengan daun Ketumbar memang wangi dan sedap.




Gambar yang dah siap digoreng je snap yang lain lupa.




Bahan- bahan

1/2 ekor ayam
Minyak untuk mengoreng
Serbuk kunyit
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan yang perlu di kisar

3 btg daun Parsley
3 btg daun Ketumbar
2 batang serai
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
1 Inci Halia
1/2  s/b Jintan Manis (pakai serbuk tak yah kisar)
1/2 s/k Jintan Putih   (saya pakai serbuk jd tak yah kisar)
1 s/b Ketumbar biji

cara-cara

Ayam dibersihkan dan di toskan
Kisar bahan-bahan di atas sekejap je
Masukkan garam, gula, kunyit dan bahan yang dikisar pada ayam sehingga sebati dan secukup rasa.
Perap beberapa ketika. Lagi lama perap lagi sedap sebab ianya meresap pada ayam.
Daun Parsley nie memang wangi. Baunya membangkit selera.
Siap perap panaskan kuali dan sedia mengoreng.


Selamat mencuba..................


0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com