Ikan talapia sweet sour

Salam semua. Saya nak share Satu resepi yang cukup mudah dengan menggunakan bahan asas kat dapur je..

Bahan - bahan
2 ekor ikan
Kunyit
Minyak
Tepung jagung
3ulas bwg Putih cincang
1 biji bwg besar cincang
2 biji lada besar potong serong
3 biji cili padi potong serong
1 biji Tomato cincang
1 inci halia cincang
2 s/b cuka Makan
2 s/b sos tomato
1 s/b kicap
Garam dan Gula
Sedikit air
Sayur carrot dan jagung muda

Cara - cara
Gaul ikan dgn garam dan kunyit.
Kemudian ambil tepung jagung salut pada ikan goreng hingga masak.

Untuk membuat sos
Tumis bwg Putih dan di ikuti bwg besar dan tomato sehingga layu.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan sayur - sayur yang siap di potong di ikuti dengan lada.
Kalau ada nenas Lagi bagus masukkan sekali.


Semasa proses membuat sos

Masukkan cuka, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa.
Bila dah ok. Masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung bagi memekatkan kuah.
Bila semua siap curah sos ini pada ikan yang siap di goreng.


Inilah hasil ikan yang dah siap

Kalau nak letak hiasan letak je daunting ketumbar Lagi cantik


0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com