Ikan siakap goreng berlada

Bahan - bahan
1 ekor ikan
*4 ulas bwg merah
*2 ulas bwg Putih
*1/2 inci halia
2 s/b cili giling
Sedikit minyak
5 helai daun limau purut potong halus
Sedikit air Asam jawa
Garam dan Gula

Cara Cara
Ikan di goreng dengan garam dan kunyit dan di salut dengan tepung jagung.

Sos
Bahan yang bertanda * dikisar
Kemudian ditumis bersama cili giling sehingga masak.
Masukkan air Asam jawa bersama daun limau purut.
Di ikuti garam dan Gula secukup rasa.
Siap tuang Keatas ikan


Ikan siakap berlada




Ikan talapia sweet sour

Salam semua. Saya nak share Satu resepi yang cukup mudah dengan menggunakan bahan asas kat dapur je..

Bahan - bahan
2 ekor ikan
Kunyit
Minyak
Tepung jagung
3ulas bwg Putih cincang
1 biji bwg besar cincang
2 biji lada besar potong serong
3 biji cili padi potong serong
1 biji Tomato cincang
1 inci halia cincang
2 s/b cuka Makan
2 s/b sos tomato
1 s/b kicap
Garam dan Gula
Sedikit air
Sayur carrot dan jagung muda

Cara - cara
Gaul ikan dgn garam dan kunyit.
Kemudian ambil tepung jagung salut pada ikan goreng hingga masak.

Untuk membuat sos
Tumis bwg Putih dan di ikuti bwg besar dan tomato sehingga layu.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan sayur - sayur yang siap di potong di ikuti dengan lada.
Kalau ada nenas Lagi bagus masukkan sekali.


Semasa proses membuat sos

Masukkan cuka, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa.
Bila dah ok. Masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung bagi memekatkan kuah.
Bila semua siap curah sos ini pada ikan yang siap di goreng.


Inilah hasil ikan yang dah siap

Kalau nak letak hiasan letak je daunting ketumbar Lagi cantik


Chicken chop

Salam semua... Dah lama tak updated blogs nie. OK hari nie saya nak kongsi resepi chicken chop yg saya copy dr beberapa blogs dan di olah mengikut selera saya. OK jom kita tengok bahan2 nya


Bahan- baham
Dada ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
3 inci halia ditumbuk halus
Sedikit lada sulah
1 kiub pati ayam
2 s/b Sos tiram

Cara Cara
Gaul sebati bahan tersebut pada ayam.
Perap selama 3 jam
 Lagi lama lagi bagus

Goreng ayam
Serbuk roti
2 biji telur dipukul sebati
Tepung Gandum secukupnya

Cara-Cara
Ambil dada ayam celup dalam tepung Gandum. Kemudian masukkan kedalam telur dan last salut dada ayam pada serbuk roti. Sedia untuk di goreng. API serderhana besar takut ayam tak masak tapi serbuk roti dah garing. So pandai2 ejust Api tu ye


Sos black paper
1 labu bawang besar dicincang
2 sudu butter
2 s/b gandum
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
1 kiub ayam
1 biji Tomato dipotong dadu
Sedikit lada hitam ditumbuk kasar
Sedikit air
Garam n gula secukup rasa


Cara - Cara

Panaskan butter. Masukkan bwg besar dan tomato Tumis sehingga layu
Masukkan sedikit air.
Masukkan lada Hitam, Sos cili, kiub ayam dan kicap di ikuti garam dan Gula secukup Rasa.
Last masukkan sedikit bancuhan tepung Gadum kacau sebati hingga masak.


Coslow

1/2 biji carrot disagat
1/2 biji kubis disagat
Sedikit cuka
Sedikit Susu full cream
Garam dan Gula

Cara Gaul sebati semua bahan di atas secukup Rasa.

Goreng ubi kentang frozen yang dah siap



Inilah chicken chop yang dah siap

nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com