Kek coklat moist

Salam semua... Hari ni Saya nak kongsi resepinkek coklat yang mudah disediakan dan cepat. Kek ni boleh dikukus dan dibakar. Bagi Saya pula,Cara kukus lebih sedapnya sebab ianya Rasa lembab pada kek.


Bahan- bahannya
2 cwn gandum
3/4 cwn serbuk Koko
1 s/k soda 
1 s/k baking powder
1 s/k overlet
1 s/k esen vanila
4 biji telor
3/4 cwn Gula kastor
1/2 cwn Susu pekat
1/2 cwn Susu cair @ Susu full cream
3/4 cwn minyak masak
1/2 cwn air Panas
1 s/k garam


Cara- Cara 

Sediakan air kukus dengan api kuat
Kemudian Gandum, Koko, baking, soda di ayak terlebih dahulu. 
Kemudian masukkan telor, garam, esen vanila, overlet dan Gula kedlm  Mesin blender. Mix sekejap
Masukkan Susu cair dan Susu pekat. Blender bagi sebati.
Last sekali masukkan minyak mix Sampai sebati.
Bila bahan tadi sebati tuang kedalam tepung yang di ayak. Guna keadah kaup balik dengan senduk Sampai sebati. Last masukkan air Panas kacau Sampai sebati.
Bila siap tuang kedalam Loyang yang disapu minyak. Sedia untuk di kukus selama lebih kurang 45 minit 


Untuk topping
1/2 cwn serbuk Koko
1/2 cwn Susu pekat
1 s/b minyak

Masak secara double boil
Masukkan serbuk Koko dan Susu Sampai sebati. Tutup API campurkan 1 Susu minyak Gaul sebati. Topping dah siap sedia untuk dihias


Kek yang siap dikukus



Kek yang siap dihias

Sorry ye gambar kek ni kurang menarik sebab Saya tak pandai nak snap bg menarik.



0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com