nasi goreng kampung versi thai

 
Salam semua.. Hari nie saya nak update pasal nasi goreng. Rasanya sangat sedap kalau rasa nak ubah selera. Jom kita tengok Cara nak masak.

Bahan - bahan
1 pot nasi sejuk
2 Ulas bwg putih diketuk
1 biji bwg besar bersaiz kecil potong lintang
2 sudu pes tomyam
5 helai daun limau purut
2 btg serai diketuk
2 s/b sos tiram
Garam & Gula secukup rasa
1 btg sayur sawi
Minyak
2 biji telur
6 ekor udang

Cara - cara

Panaskan Minyak, masuk bwg putih tumis masak.
Masukkan pes tomyam, daun limau n serai biar seketika
Kemudian masuk telur. Kacau seketika bagi telur hancur sedikit.
Masukkan bawang besar n sayur biar ianya masak.
Kemudian masukkan garam Gula n sos tiram secukup rasa.
Masukkan udang di ikuti dengan nasi kacau sampai nasi goreng sebati.


Ini dia rupa nasi goreng yang siap


0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com