Butter Prawn

salam semua. tengah buat apa? tak tau nak masak apa hari nie. Cuba buka peti tengok ada udang tak. kalau ada apa lagi jom cuba try masak udang stail yang saya masak nie.

Apa tunggu lagi jom kita masuk dapur.



Okey dah redy semua

Antara bahan-bahan yang mesti ada ialah :

12 ekor udang sederhana besar dibuang kulit
2 biji telur (1biji telur +  1 kuning telur)
sedikit kiub ayam
setangkai daun kari
3 biji cili padi
2 ulas bawang putih potong dadu
1 senduk marjerin
sedikit minyak
sedikit tepung jagung


Cara caranya 

Panaskan marjerin dan sedikit minyak hingga cair



Ambil 1biji telur kemudian asingkan putih dan kuning telur. Ambil 1 biji lagi masuk kan kedalam telor kuning. Masukkan secubit kiub ayam pukul sebati.

Apabila sebati, masukkan telur kedalam kuali secara perlahan dengan telur diangkat tinggi semasa telur dimasukkan kedalam kuali.
kacau telur laju-laju supaya telur tidak berketul tetapi menjadi halus


Sila guna senduk untuk kacau telur

Goreng sehingga garing. Masukkan sedikit daun kari. Bila dah garing angkat dan toskan



Untuk udang pula 

Gaul lebihan putih telur ke dalam udang. masukkan tepung jagung dan sedikit serbuk lada sulah.
Tumis bawang putih dan cili padi kemudian masukkan daun kari
Kemudian masukkan udang tadi goreng sehingga garing.




Bila masak toskan. Kemudian tabur telur yang ditos tadi keatas udang.




Ini dia udang yang siap untuk dimakan.













0 ulasan:



nuffnang ads

Pengikut

Free F Black Chancery Cursors at www.totallyfreecursors.com